saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 07/06/2011

Seluar dalam Madoff dilelong RM599


Bernard Madoff


MIAMI 6 Jun Seluar dalam milik ketua skim penipuan pelaburan, Bernard Madoff adalah antara barangan yang terjual pada majlis lelongan yang diadakan oleh Perkhidmatan Marsyal Amerika Syarikat (AS) di Pusat Konvensyen Miami Beach, Florida, kelmarin.

Akhbar The Miami Herald melaporkan, sebanyak 14 pasang seluar dalam milik Madoff dilelong dengan harga keseluruhan berjumlah AS$200 (RM599).

Seluar dalam itu adalah antara barangan yang disita bersama beberapa barangan peribadi lain dari bekas rumah agam Madoff berhampiran Palm Beach yang dilelong.

Kebanyakan barangan yang terjual ialah peralatan rumah, termasuk koleksi kasut, kayu golf antik dan beberapa kerja seni.

Gambar yang diambil oleh jurugambar era-kemelesetan, Edward Weston berjudul Nude pula dilelong AS$4,600 (RM13,781).

Menurut akhbar itu, kira-kira 6,000 pembida di dalam talian menyertai lelongan itu dan lebih AS$400,000 (RM1.2 juta) yang diperolehi dalam lelongan itu akan diberikan kepada mangsa skim cepat kaya Madoff.

Madoff yang merupakan bekas pengurus dana Wall Street, kini menjalani hukuman penjara 150 tahun selepas didapati bersalah melakukan penipuan pelaburan yang dianggap terbesar dalam sejarah AS. REUTERS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.