saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 07/06/2011

Peserta Majlis Tilawah al-Quran dan Nasyid teruja tunjuk bakat

SEREMBAN 6 Jun - Rata-rata peserta majlis Tilawah al-Quran dan Nasyid (MTQN) Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Peyatim) teruja kerana berpeluang menunjukkan bakat mereka menerusi pelbagai kategori dipertandingkan.

Menurut seorang peserta nasyid, Nor Saidatul Syazmeen Ismail, 13, dia gembira kerana terpilih untuk menyertai MTQN yang disertai 3,000 peserta dari seluruh tanah air termasuk Sabah dan Sarawak, selain peserta dari negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.

''Program tahunan ini bukan sahaja menjadi platform terbaik untuk peserta mempersembahkan bakat mereka, malah memberi peluang kepada kami untuk merapatkan hubungan sesama peserta lain," katanya yang mewakili Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin (Peyakin) Klang, Selangor.

Bagi peserta, Salmiah Abu, 15, dia amat seronok kerana dapat bertemu dengan rakan-rakan dari seluruh negara selain ingin memberikan persembahan terbaik dalam kategori nasyid yang disertainya.

''MTQN memberi peluang kepada kami untuk menonjolkan bakat masing-masing. Sudah pasti saya tidak akan melepaskan peluang ini untuk memberikan yang terbaik.

''Kami telah berlatih dengan giat untuk menyertai pertandingan ini, diharapkan usaha kami ini akan beroleh kejayaan," ujarnya yang mewakili Persatuan Anak-Aanak Yatim Piatu Daerah Port Dickson.

Tambah rakannya, Norshafieqah Jasmin, 14, meskipun berasa sedikit gementar kerana pertama kali menyertai pertandingan sedemikian, namun dia amat seronok.

''Memang seronok, kerana dapat berkenalan dengan ramai rakan baru dan pada masa sama kita boleh melihat kehebatan peserta lain dan sebab itu, MTQN merupakan program yang sesuai untuk mencungkil bakat baru," katanya.

Kata seorang peserta syarahan, Yusuf Shaharudin, 17, walaupun sudah kali ketiga menyertai MTQN, namun dia tetap teruja.

''Pertandingan ini sedikit sebanyak membentuk keperibadian saya untuk lebih yakin dan berdisiplin.

''Saya rasa MTQN mampu membentuk generasi muda yang lebih kreatif di samping memupuk nilai mencintai Islam selari dengan hasrat kerajaan," katanya yang mewakili Pengurusan Anak Yatim Sungai Udang, Melaka (Payasum).

MTQN yang sedang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, dekat sini melibatkan lapan pertandingan.

Antaranya kategori hafazan, azan, berzanji, syarahan bahasa Melayu, Arab dan Inggeris selain deklamasi puisi yang dibahagikan mengikut peringkat sekolah rendah dan menengah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.