saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/06/2011

Misi jejak susur galur Melayu, Islam di Laos bermula


PEMANDANGAN sebuah kampung di Laos sebaik sahaja kumpulan ekspedisi memulakan pengembaraan di negara itu, semalam.


SAVANNAKHET, LAOS 7 Jun – Ekspedisi Jejak Warisan Jawi II (JWJ2) hari ini memulakan pengembaraan ke Laos dengan misi menjejaki susur galur Melayu dan amalan Islam di kalangan penduduk kaum itu di negara berkenaan.

Setakat ini, fakta mengenai penduduk Melayu dan amalan Islam tidak diketahui dengan jelas memandangkan bilangan penduduk kaum itu di Laos terlalu sedikit berbanding jumlah sebenar keseluruhan rakyatnya.

Berdasarkan maklumat, taburan penduduk Melayu Islam di Laos boleh didapati di beberapa kawasan seperti Vientaine dan Luang Prabang.

Vientaine iaitu ibu negara Laos mempunyai beberapa buah masjid antaranya Masjid Jaima dan Masjid Azhar. Dua masjid tersebut bakal dikunjungi ahli ekspedisi JWJ2 apabila sampai ke ibu kota itu.

JWJ2 akan berada di Laos selama empat hari dengan perjalanan sejauh 1,350 kilometer.

Dalam pada itu, pemeriksaan pacuan empat roda dan para anggota di sempadan Vietnam-Laos oleh pihak imigresen kedua-dua negara berjalan lancar tanpa masalah meskipun sebelum tiba di sempadan anggota konvoi berhadapan dengan cabaran apabila satu tayar kenderaan konvoi pancit.

Bagaimanapun kerosakan itu berlaku berhampiran kedai membaiki tayar dan ia sedikit sebanyak tidak menjejaskan jadual perjalanan ekspedisi JWJ2 yang ketika itu masih berada di Vietnam.

Cuma dalam kejadian tersebut, pengalaman cukup menarik apabila mekanik yang membuka tayar tersebut menggunakan cara manual dan bukannya mesin seperti di Malaysia.

Apa yang dilakukan oleh mekanik berkenaan amat mengagumkan kerana dia menggunakan kudratnya untuk membaiki tayar sebuah pacuan empat roda.

Sementara itu, Penyelaras JWJ2 di Laos, Zainon Hassan berkata, perjalanan keseluruhan JWJ2 sejak 26 Mei lalu telah mencecah lebih 5,000 kilometer dan semua kenderaan perlu menukar minyak enjin di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Vientaine pada hari ini.

‘‘Setakat ini, semua anggota dalam keadaan sihat dan kenderaan juga berada dalam keadaan baik. Cuma kita perlu menjaga enjin dengan berkala memandangkan perjalanan masih jauh,” katanya.

Zainon berkata, di Vientaine, pihak kedutaan akan menyambut kedatangan mereka.

JWJ2 merupakan ekspedisi menyusur sejarah budaya Melayu dan Islam merentasi tujuh buah negara membabitkan perjalanan dari negara ini menuju ke Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, China dan Myanmar.

Program selama 25 hari itu dianjurkan oleh Kelab Putera 1Malaysia, Majma’ Budaya dan Warisan Jawi (MBWJ) serta disokong oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Manakala Utusan Malaysia merupakan akhbar rasmi ekspedisi tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.