saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 08/06/2011

Manfaatkan peluang ke IPTA


Khairuddin Ab. Hamid beramah mesra dengan pelajar setelah selesai majlis lafaz ikrar di Unimas, Samarahan, kelmarin.


SAMARAHAN 7 Jun - Pelajar yang mengikuti program pengajian pra- universiti di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) perlu memanfaatkan peluang yang diberikan untuk merebut tempat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Naib Canselor Unimas, Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid berkata, daripada 10,000 calon yang memohon, hanya segelintir pelajar bertuah yang dipilih untuk mengikuti program tersebut.

Menurutnya, pelajar yang terpilih digalakkan bersaing sesama sendiri untuk menimba ilmu dan mendapatkan keputusan cemerlang bagi menyambung pengajian ke peringkat seterusnya.

"Program Sains Fizikal menyediakan ruang kepada pelajar untuk menyambung pengajian ke Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat serta Fakulti Sains dan Teknologi Sumber.

"Sementara itu, Program Sains Hayat menyediakan peluang untuk meneruskan pengajian ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang hanya menyediakan 105 tempat. Pelajar perlu mempunyai keputusan cemerlang untuk merebut tempat yang sangat terhad ini," katanya.

Beliau berucap pada majlis ikrar pelajar yang mengikuti Program Pra-Universiti Unimas Sesi 2011/2012, di sini semalam.

Seramai 611 pelajar terpilih untuk mengikuti program tersebut dengan 341 daripadanya akan mengikuti Program Asasi Sains Hayat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.