saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 09/06/2011

RM1.5 juta naik taraf Dataran Sejarah Ayer Keroh

MELAKA 8 Jun - Kawasan Dataran Sejarah Ayer Keroh di sini yang terbiar dan lesu akan dinaik taraf melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta daripada Kementerian Pelancongan tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik berkata, daripada jumlah itu, RM1 juta akan digunakan untuk kerja-kerja membaiki kawasan yang terbiar termasuk menyediakan kemudahan baharu dan bakinya RM500,00 lagi digunakan untuk tujuan mencantikkan landskap.

"Diharapkan kerja-kerja menaik taraf ini dapat dilaksanakan segera kerana dataran ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong untuk ke kawasan pelancongan utama berhampirannya seperti Zoo Melaka, Taman Rekreasi Ayer Keroh, Taman Buaya dan Taman Botanikal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat pemantauan kebersihan di beberapa buah produk pelancongan di sekitar Ayer Keroh di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalannya, Chua Kheng Hwa, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka, Abd. Kadir Md. Idris serta beberapa wakil jabatan daripada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Antara tempat lain yang dilawati Latiff dalam kunjungannya itu ialah Taman Buaya, Muzium Orang Asli, Taman Tema Melaka Wonderland dan Taman Botanikal.

Menurut beliau, selain Dataran Sejarah Ayer Keroh, dua lagi produk pelancongan yang bakal dinaik taraf adalah kawasan Taman Botanikal.

"Kita sudah mendapat kelulusan peruntukan sebanyak RM30 juta daripada Kementerian Pelancongan untuk menaiktaraf kawasan pejalan kaki, pembinaan Taman Burung dan chalet di dalam Taman Botanikal .

"Kerja-kerja pembinaan dijangka bermula Julai ini dan mengambil masa selama 20 bulan untuk siap," katanya.

Terdahulu dalam lawatannya itu, Latiff menggesa MPHTJ dan kontraktor berkenaan supaya lebih peka dengan setiap masalah yang berlaku di dataran itu kerana kedudukannya di salah satu pintu masuk utama pelancong ke negeri ini akan mencemarkan imej Melaka jika tidak dijaga dengan baik.

Menurutnya, antara kerosakan yang berlaku adalah kawasan pagar di tepi longkang yang dibiarkan sehingga reput dan hampir tercabut yang boleh membahayakan keselamatan pengunjung.

"Saya dapati kebanyakan kawasan lantai atau pejalan kaki juga berair dan berlopak menyebabkan ia kelihatan seolah-olah telah lama terbiar," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.