saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 09/06/2011

Syarat baru bagi ejen tarik kereta ditetapkan - KPDNKK

09/06/2011 8:52pm

PUTRAJAYA 9 Jun Kerajaan menetapkan beberapa syarat baru sebelum seseorang itu boleh dilantik sebagai Ejen Perolehan Semula (EPS) kenderaan bagi melindungi kepentingan pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya mereka yang berdaftar dan mempunyai permit dari kementerian boleh dilantik sebagai EPS.

"Mereka akan disaring dan dipastikan tiada rekod jenayah. Mereka juga perlu mematuhi tatacara penarikan semula kenderaan termasuk tempoh masa yang dibenarkan iaitu 9 pagi hingga 9 malam setiap hari, dan mereka tidak boleh menggunakan kekerasan dalam proses tersebut.

"Sekiranya kenderaan berada dalam kawasan garaj, mereka tidak boleh pecah masuk ke dalam kawasan rumah, kecuali dengan kebenaran mahkamah, dan jika mereka melakukan juga mereka boleh dilapor kepada polis, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan permit EPS di kementerian di sini hari ini.

Mulai Rabu depan, setiap EPS wajib memperoleh permit sebelum melaksanakan tugas menarik semula kenderaan, selaras dengan pelaksanaan Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) dan Peraturan-peraturan Sewa Beli (Perolehan Permit dan Tatacara Perolehan Semula) 2011. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.