saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 09/06/2011

Menyusu anak penuh bergaya


Bukan sahaja pakaian ketika menyusukan anak, pakaian untuk ibu mengandung yang berkonsepkan kasual turut dijual di DNA.


APA yang menghalang seorang ibu yang menyusukan anak di tempat awam? Sudah tentu pakaian yang tidak bersesuaian untuk situasi tersebut.

Siapa saja yang sanggup menyelak pakaian yang mungkin mengundang kerlingan mata-mata nakal lelaki. Tetapi jika kena pada potongan baju sudah tentu ia tidak menjadi masalah untuk menyusukan bayi walau di mana saja anda berada.

Mengetahui begitu terhad penawaran terhadap persalinan bagi ibu yang menyusu anak, peragawati, pelakon dan pengacara terkenal Dynas Mokhtar, telah menzahirkan idea menubuhkan satu jenama iaitu Dynas Nursing Attire.

Sebagai ibu yang sedang menyusukan anaknya Khyra Khalisa, 1, Dynas mahukan lebih banyak pilihan bagi ibu-ibu supaya mereka sentiasa boleh memberikan susu badan kepada anak tanpa mengira situasi.

“Saya memilih untuk menghasilkan pakaian ini kerana tanda sayang saya pada Khyra. Menjadi ibu satu perjalanan yang mematangkan diri apatah lagi menyusukan bayi adalah satu cara seorang ibu menyatakan kasih sayangnya pada anak. Maka sebab itulah saya mahukan seorang ibu rasa bangga untuk menyusukan anak mereka walau di mana mereka berada,” jelasnya ketika berucap pada majlis pelancaran butik DNA di The Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Baju menyusu DNA bukan sahaja cantik malah masih boleh dipakai selepas tidak lagi menyusukan anak.

“Terdapat banyak pilihan bukan sahaja untuk wanita moden, malah pakaian muslimah, kasual, formal, pejabat, jubah dan baju kurung untuk dipakai dalam apa jua majlis.

“Bagi Dynas jika seorang ibu yang menyusukan anak memakai pakaian yang bersesuaian, maknanya dia sudah bersedia dari segi mental untuk menyusukan bayinya.

“ Lagipun para ibu tentu tidak mahu membazir duit membeli pakaian yang khas untuk menyusu tapi tidak lagi boleh dipakai apabila tidak menyusu. Jadi pilihan baju DNA adalah amat bertepatan untuk si ibu,” ujarnya.

Lebih menarik, pakaian menyusu di DNA untuk ibu bukan saja terhad pada ibu malah ada juga disediakan untuk di anak perempuan.

Tidakkah satu perkara yang comel jika si ibu sedondon bergaya dengan bayi perempuannya?

Selain menawarkan pelbagai pilihan pakaian, DNA juga menyediakan pelbagai peralatan mengepam susu serta keperluan lain untuk ibu dan bayi.

Untuk menyaksikan sendiri apa yang ditawarkan oleh DNA, bolehlah berkunjung ke kiosk DNA yang terletak di K-F3-D, Tingkat 1, The Curve, No 6 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.