saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/06/2011

Universiti tempatan dipenuhi ‘hampas’?

KUALA LUMPUR 9 Jun - Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berpendapat langkah menghantar pelajar cemerlang ke luar negara menyebabkan universiti-universiti tempatan kini menjadi tempat lambakan mahasiswa yang kurang berkualiti.

Faktor itu, katanya, menyebabkan institusi pengajian tinggi tempatan sukar melonjakkan prestij masing-masing ke tahap lebih tinggi setanding dengan universiti terbaik dunia.

“Kalau kita terus menghantar semua pelajar cemerlang ke luar negara, yang tinggal di universiti dalam negara hanya pelajar ‘hampas’, jadi macam mana universiti kita hendak mencapai tahap yang lebih baik?

“Universiti luar negara mendapat manfaat kerana mereka menerima pelajar terbaik kita dan universiti tempatan terpaksa bergantung dengan pelajar yang tinggal,” katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk Enculturing Innovation: Seven Pillars di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Bukit Kiara hari ini.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan bimbang kesan yang mungkin dialami oleh universiti tempatan jika semua pelajar cemerlang ditawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Menurut Zaini, apa yang lebih membimbangkan ialah kumpulan pelajar cemerlang itu bukan dihantar ke universiti-universiti terbaik dunia, sebaliknya universiti bertaraf sederhana sahaja.

Katanya, negara-negara seperti Singapura dan India telah mengambil langkah sebaliknya dalam menguruskan pelajar cemerlang mereka dan kaedah itu membantu melonjakkan kredibiliti universiti di negara berkenaan.

“Singapura menempatkan pelajar terbaiknya di National University of Singapore manakala India pula menawarkan mereka tempat di Indian Institute of Technology yang diakui sebagai universiti yang memiliki reputasi baik di dunia,” katanya.

Sehubungan itu, Zaini mencadangkan supaya pemberian biasiswa untuk pelajar cemerlang dipakejkan dengan tawaran belajar di universiti dalam negara.

“Setiap kali cuti semester, mereka boleh dihantar ke kem musim panas yang dianjurkan universiti ternama seperti Oxford dan Havard. Untuk menyertai kem musim panas di universiti-universiti itu adalah lebih mudah berbanding melanjutkan pelajaran di sana,” katanya.

Menurutnya, UTM telah mula melaksanakan langkah itu dengan menghantar lima penuntut ke kem berkenaan tahun lepas untuk mendedahkan mereka dengan budaya pembelajaran di luar negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.