saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 11/06/2011

Debaran tebusan 130 jam

CEMAS dan mendebarkan. Sebelas tahun selepas krisis tebusan di bangunan AIA (American International Assurance) di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, negara sekali lagi digemparkan dengan satu kejadian tebusan oleh sekumpulan penjenayah berbahaya.

Walaupun sudah 25 tahun berlalu, namun babak penuh bersejarah yang berlangsung selama 130 jam di Penjara Pudu bermula pada 17 hingga 22 Oktober 1986 itu tidak mungkin hilang dalam ingatan.

Enam hari menjadi tawanan kepada enam banduan, sememangnya ia merupakan pengalaman pahit yang sukar dilupakan.

Malah bagi Dr. Radzi Jaafar, 40, dan Abdul Aziz Abdul Majid, 41, dua individu yang dijadikan tebusan dalam peristiwa tersebut, apa yang berlaku itu sesuatu yang ‘amat menakutkan.’ Kedua-duanya kini telah meninggal dunia.

Apa tidaknya, pertama kali dalam sejarah kekacauan penjara, seorang doktor dan pembantu makmal ditawan sekumpulan penjenayah berbahaya bersenjatakan besi tajam.

Drama penawanan bermula apabila sekumpulan banduan seramai enam orang, diketuai Jimmy Chuah Chap Seng, secara bergilir-gilir memasuki klinik penjara untuk mendapatkan rawatan.

Mereka bukan sahaja mengancam untuk mencederakan tebusan, bahkan, turut menuntut diringankan tuduhan yang dihadapi, selain meminta dua buah kereta bagi tujuan melarikan diri.

Bagaimanapun, tuntutan tersebut tidak dilayan. Sebaliknya, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri ketika itu, Datuk Zaman Khan, mula mengatur strategi untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Maka, beberapa siri rundingan diadakan. Segala-galanya berakhir pada 22 Oktober 1986 tepat pukul 5.30 petang. Dalam tempoh 60 saat sahaja, Unit Tindakan Khas Polis (UTK), berjaya menggempur kumpulan banduan dengan hanya menggunakan senjata ‘tumpul’ iaitu rotan.

Wartawan S2, ROSALINDA MD. SAID dan SITI NURAZLINA JAMALUDIN bersama jurugambar, WAHIDAH ZAINAL, AHMAD ZAKKI JILAN, DJOHAN SHAHRIN SHAH, HAYAT SUEET serta MOHD. FARIZWAN HASBULLAH berusaha menyingkap kembali kejadian tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.