saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 13/06/2011

'Kita kekurangan jurutera penerbangan'

KUALA LUMPUR 12 Jun - Industri perkhidmatan Penyenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) global diunjur bernilai AS$65 bilion (RM195.3 bilion) menjelang 2020.

Industri tersebut dikenal pasti oleh kerajaan sebagai industri menguntungkan dan boleh menjadi jentera untuk memacu negara mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Makmal Program Transformasi Ekonomi (ETP) menjangka Projek Permulaan di bawah bahagian MRO, mewujudkan 21,000 peluang pekerjaan dan menyumbang tambahan AS$4.2 bilion (RM12.62 bilion) menjelang 2020.

ETP percaya dengan permintaan serantau yang kukuh, dipacu oleh pertumbuhan ekonomi utama seperti India dan China dan ditambah dengan tumpuan khusus bagi keberkesanan kos dalam industri penerbangan, akan meningkatkan permintaan bagi perkhidmatan MRO dalam pasaran serantau.

MAS Aerospace Engineering (MAE), bahagian kejuruteraan dan penyenggaraan Malaysia Airlines, berkedudukan baik untuk merebut peluang ini.

Menurut Buku Panduan ETP yang diposkan di laman webnya, program itu disasarkan untuk memajukan MAE sebagai teraju penyedia perkhidmatan MRO di Malaysia, serta membangunkan Malaysia menjadi pusat MRO Asia Pasifik.

Bagaimanapun, katanya, dasar dan prosedur penerbangan yang ketinggalan zaman, tenaga kerja tidak mencukupi, dan kekurangan eko-sistem alat-alat ganti di Malaysia menghalang pertumbuhan industri itu.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman baru-baru ini berkata, Malaysia memerlukan lebih ramai jurutera penerbangan berlesen.

Beliau juga berkata, negara ini masih kekurangan pusat latihan untuk melatih jurutera dengan pengetahuan dalam penerbangan awam.

Ketika ini, terdapat lapan sekolah latihan penerbangan di negara ini tetapi hanya lima sekolah kejuruteraan pesawat telah disahkan sebagai Organisasi Latihan Sah bagi melahirkan jurutera.

Sekolah-sekolah tersebut ialah Malaysian Airline Engineering Training Centre, DILOG Training and Services, Malaysian Institute of Aviation Technology, Aeroprecesion Aviation Training Centre dan Malaysian Aviation Training Academy atau MATA.

Ketua Pegawai Eksekutif MATA Sulaiman Dahlan, dalam satu temu bual dengan Bernama baru-baru ini berkata, kaji selidik Kementerian Sumber Manusia mendedahkan bahawa Malaysia memerlukan lebih 16,000 jurutera pesawat setahun, tetapi sejak 15 tahun lepas, hanya 3,000 jurutera berlesen dilahirkan.

Beliau berkata, kerjaya itu tidak dipromosikan dengan efisien, oleh itu menyebabkan orang awam tidak begitu menyedari tentang betapa pentingnya keperluan tersebut perlu dipenuhi.

MATA, katanya, berazam untuk terus memberikan komitmen kepada penerbangan, menerusi aspirasi, bagi menggalas peranan utama dalam pendidikan dan latihan juruteknik dan jurutera pesawat.

"Industri penerbangan, terutamanya sektor penyenggaraan dan pembaikan, sentiasa memerlukan kakitangan yang dinamik, berkemahiran dan profesional untuk menangani pertumbuhan pesat industri.

"Kami komited untuk merapatkan jurang yang diperlukan dalam latihan penerbangan daripada latihan asas hinggalah kepada latihan lanjutan sejajar dengan syarat-syarat pelesenan Bahagian 66 Agensi Penerbangan dan Keselamatan Eropah," katanya. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.