saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 13/06/2011

Jiwa Melayu Aseh Che Mat

BAGI kebanyakan mereka apabila sudah sampai ke usia bersara, apa yang menjadi tumpuan adalah menghabiskan lebih banyak masa untuk keluarga dan beberapa tugas yang tertangguh sebelum ini. Apatah lagi jika ia melibatkan pegawai kanan dan tinggi kerajaan masa yang dihabiskan sejak puluhan tahun dulu untuk perkhidmatan dirasakan sudah cukup untuk berbakti.

Namun keadaan itu begitu jauh berbeza apabila berpeluang bertemu dengan tokoh perkhidmatan awam yang telah begitu banyak berjasa untuk negara dan tanah air. Beliau yang dimaksudkan adalah Tan Sri Aseh Che Mat yang mana ketika ditemui masih kekal aktif dan bertenaga walaupun usianya sudah mencecah 60 tahun.

Namun melihat kepada perwatakan dan sifat aktifnya nyata usia persaraan bukanlah sekadar masa untuk dihabiskan di rumah dan bersama anak cucu semata-mata.

Bagi beliau pandangan bahawa persaraan adalah penutup kepada khidmat dan sumbangan yang selama ini dicurahkan adalah sesuatu yang tidak benar kerana selagi selagi hayat dikandung badan selagi itulah manusia masih mampu menyumbang hanya terpulang kepada cara dan mungkin juga faktor kesihatan.

Beliau yang memegang jawatan terakhir dalam perkhidmatan awam sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), namun kebanyakan kita lebih mengenali beliau melalui pelbagai kejayaan yang diperoleh ketika menjadi Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.

Malah beliau boleh disifatkan sebagai antara tulang belakang yang bertanggungjawab memodenkan dan memberi taraf baru kepada perkhidmatan awam melalui pelbagai kejayaan dan pembaharuan terutama ketika memimpin KDN dan imigresen.

Kini setelah bersara Aseh masih lagi aktif seperti dahulu terutama di peringkat swasta sebagai pengerusi konglomerat besar antaranya Pos Malaysia, Universiti Lim Kok Wing dan beberapa lagi.

Mengakui imbuhan dan pendapatan yang diterima sekarang adalah lebih baik berbanding ketika berkhidmat dalam kerajaan namun bukan itu yang dicarinya kerana yang penting adalah kepuasan yang diterima setelah berhempas pulas menyumbang idea dan keringat.

Sejarah penglibatan dan perkhidmatan Aseh dalam kerajaan bukanlah sesuatu yang dilihat mudah kerana pastinya segala bermula dari bawah. Anak kelahiran Kuala Pilah pada 1951 ini merupakan lulusan Universiti Malaya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada 1974.

Aseh memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Perbendaharaan Malaysia pada Mac 1974 dan kemudian berpindah ke Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Beliau pernah ditempat di Sarawak selama lima tahun dan kemudian berpindah ke Sabah selama dua tahun.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Southern California, Amrika Syarikat dan berjaya menggenggam ijazah sarjana dalam bidang pentadbiran awam pada 1984.

Sejurus kembali ke Malaysia, Aseh telah ditempatkan di KDN menjawat jawatan Ketua Penolong Setiausaha Hak Ehwal Polis. Rezeki kemudian memihak kepada Aseh apabila dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Imigresen pada Disember 1995 dan kemudian dinaikkan sebagai Ketua Pengarah pada 1998.

Di Jabatan Imigresen, nama beliau semakin harum apabila memperkenalkan pelbagai inovasi baru antaranya pengenalan pasport chip yang pertama serta sistem autogate di pintu masuk negara sekaligus mengharumkan nama jabatan itu sebagai antara yang terbaik.

Lebih membanggakan hasil kepimpinan beliau telah memungkinkan Jabatan Imigresen meraih pendapat yang begitu signifikan apabila memperoleh hampir RM2 bilion daripada hanya sekitar RM330 juta sebelum itu.

Selain itu Aseh membuktikan keupayaannya mengurus dan menangani isu-isu imigresen terutamanya pengenalan pasport pintar, pelaksanaan piagam pelanggan dan persijilan ISO di kaunter-kaunter imigresen dan sebagainya.

Akhirnya beliau dilantik mengetuai KDN sebagai Ketua Setiausaha pada Februari 2001 dan kekal di sana sehingga persaraannya pada 22 Oktober 2007.

Namun episod persaraan bukanlah umpama noktah yang menutup episod hidupnya. Atas kesedaran supaya penyatuan Melayu dapat berkekalan dan diperkukuhkan, bermula dari sekadar idea Aseh telah membincangkan cadangan penubuhan Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia (KUPKKM) dengan beberapa orang rakan beliau tentang perkara tersebut di Melaka pada penghujung tahun 2009.

Cadangan beliau telah mendapat sokongan yang tidak terduga sahabat-sahabat yang telah bersara dari perkhidmatan kerajaan yang meminta beliau menjadikan penubuhan itu suatu realiti.

Akhirnya satu pertemuan diatur dan cadangan ini telah dikemukakan kepada Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan beliau telah merestui dan meminta beliau melaksanakan penubuhan KUPKKM.

Satu Jawatankuasa 'Protem' telah ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh beliau dan Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia telah didaftarkan pada 31 Disember 2009. Mesyuarat Agung Pertama KUPKKM telah diadakan pada 19 Februari 2010.

Hasilnya satu Jawatankuasa Kerja KUPKKM telah dipilih oleh ahli-ahli yang hadir di mesyuarat agung tersebut. Jawatankuasa tersebut telah mengadakan perbincangan dengan Presiden UMNO pada 27 Ogos 2010 untuk membincangkan hala tuju KUPKKM.

Bagi Aseh kejayaan penubuhan KUPKKM ini adalah bukan kejayaannya seorang tetapi turut dikongsi oleh semua ahli-ahlinya yang begitu bersungguh-sungguh memberi komitmen. Menurut beliau, kebanyakan ahli telah menjadi ahli UMNO semenjak berkhidmat di dalam kerajaan namun kerana mereka berada dalam kategori pengurusan dan profesional mereka tidak dibenarkan aktif dalam politik dan perlu bersifat berkecuali.

Maka bukan lagi satu halangan untuk mereka aktif dalam politik dan bersandarkan kepada cara kerja dan pengalaman yang luas sekurang-kurangnya ia dapat membantu UMNO untuk kelangsungan orang Melayu dan agama Islam.

"Apatah lagi kini sudah terdapat segelintir bekas pegawai kanan awam yang agak cenderung kepada pembangkang maka adalah tepat pada masanya KUPKKM bergerak sebagai salah satu cabang dalam UMNO bagi memberi kesedaran mengenai betapa pentingnya UMNO dan BN kekal memerintah di negara ini," katanya mengakhiri bicara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.