saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 13/06/2011

Penulis Blog Jeff Ooi minta maaf kepada NSTP

13/06/2011 4:35pm

KUALA LUMPUR 13 Jun — Penulis blog, Jeff Ooi hari ini secara terbuka meminta maaf kepada New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) dan tiga bekas pegawai kanan syarikat itu berhubung kenyataan memfitnah yang dimuatkan dalam blognya, lima tahun lepas.

Dalam pernyataan dipersetujui yang dibacakan di mahkamah menerusi peguam yang mewakilinya Asma Mohd Yunus, Ooi Chuan Aun, yang juga anggota Parlimen Jelutong, berkata, beliau menyesal bahawa kenyataan itu pernah diterbitkan.

Membacakan kenyataan yang sama, peguam Tan Sri Cecil Abraham yang mewakili NSTP, timbalan pengerusi NSTP ketika itu, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan, bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun dan bekas Editor Kumpulan NSTP, Brenden Pereira, berkata, Ooi menyatakan yang beliau bertindak secara bona fide dan tanpa niat jahat.

“Bagaimanapun, beliau (Ooi) mengakui bahawa dakwaan yang dibuat olehnya mungkin telah memalukan dan menyusahkan plaintif-plaintif dan pada masa yang sama berasa kesal. Oleh yang demikian, defendan (Ooi) kini mahu menyatakan yang beliau menarik balik semua dakwaan dan penerbitan yang menjadi perkara pokok dalam prosiding ini,” katanya. — Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.