saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 14/06/2011

Kos loji Tanjung Bin diumum selepas jawapan Transpool

14/06/2011 4:24pm

MIRI 14 Jun Kos pembangunan loji janakuasa 1,000 Megawatt (MW) menggunakan arang batu di Tanjung Bin, Johor, akan diumumkan selepas Transpool Sdn Bhd, yang memperoleh projek itu secara rasmi bersetuju melaksanakan projek berkenaan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin berkata, syarikat itu mempunyai tempoh sehingga 1 Julai untuk memberi jawapan sama ada menerima projek itu.

Bercakap kepada pemberita di sini malam tadi, beliau berkata, Transpool merupakan antara pembida yang disenarai pendek untuk melaksanakan projek itu yang meliputi reka bentuk, membekal, menjayakan, mengurus operasi dan menyelenggara loji janakuasa terbabit, yang dijadual memulakan operasi pada 1 Mac, 2016.

Beliau berkata, loji janakuasa Tanjung Bin, bersama satu lagi loji janakuasa menggunakan arang batu di Manjung, Perak, akan membekalkan kapasiti tambahan 2,000 MW untuk memenuhi keperluan bekalan tenaga di Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, MMC Corporation Bhd dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, berkata, Transpool, anak syarikat milik penuh Malakoff Corporation Bhd, telah menerima tawaran bersyarat untuk melaksanakan pembinaan dan pembangunan loji janakuasa Tanjung Bin.

Malakoff ialah anak syarikat MMC, dengan penguasaan 51 peratus kepentingan. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.