saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/06/2011

JWJ2 jelajah utara Thailand


ZAID Muhammad Mohd. Rais (empat dari kanan) dan Saiful Anwar Yahaya (dua dari kanan) menyerahkan kompang kepada Adam Nana (kiri sekali) dan Bunjerd Jentrakul (dua dari kiri) sebagai simbolik kedatangan JWJ2 ke masjid Darunaman, Chiang Rai, semalam.


CHIANG RAI, THAILAND 14 Jun - Penjelajahan Jejak Warisan Jawi II (JWJ2) kini kembali semula ke Thailand bagi meneruskan misi menjejaki susur galur Melayu dan Islam khususnya di kawasan utara negara ini selepas empat hari berada di China.

Sebelum ini ketika di peringkat permulaan misi lebih dua minggu lalu, JWJ2 telah melakukan penjelajahan bagi tujuan yang sama di bahagian selatan negara tersebut iaitu di wilayah Satun.

Untuk misi kali ini, JWJ2 akan meneruskan tugas menjejaki komuniti Melayu serta warisan Islam yang selama ini mempunyai kaitan rapat dengan kaum itu di bahagian utara Thailand supaya penjelajahan meliputi kesemua bahagian negara berkenaan.

Hari ini, kesemua anggota JWJ2 telah melawat masjid Darunaman, Chiang Rai di sini di samping beramah mesra dengan penduduk Islam di kawasan itu.

Kedatangan anggota ekspedisi yang diketuai Pengarah JWJ2, Zaid Muhammad Mohd. Rais disambut oleh Pengerusi jawatankuasa masjid tersebut, Adam Nana dan imam masjid berkenaan, Bunjerd Jentrakul.

Antara tujuannya ialah untuk merapatkan ukhuwah Islamiah antara umat Islam Malaysia dan umat Islam di wilayah ini khususnya.

Selain bertukar-tukar pandangan, beberapa anggota JWJ2 telah melakukan persembahan kebudayaan seperti bermain kompang, bersilat serta bermarhaban bagi tatapan penduduk Islam di kawasan ini.

Tidak dinafikan persembahan yang dilakukan oleh anggota-anggota JWJ2 berjaya menarik minat penduduk Islam di kawasan ini kerana ada di antaranya tidak lagi diamalkan di kalangan penduduk Islam utara Thailand.

Menurut Perunding dan juga Penyelaras JWJ2 di Thailand, Saiful Anwar Yahaya, pihaknya percaya melalui persembahan kebudayaan itu sekurang-kurangnya ia dapat mengimbau kembali kenangan mereka terhadap budaya Melayu terutama di kalangan warga tua.

"Berdasarkan pengamatan kami, tradisi Melayu ini kebanyakannya tidak diamalkan lagi bukan sahaja di Thailand malah di beberapa negara lain seperti Kemboja dan Vietnam.

"Oleh itu tidak hairanlah mereka cukup berminat untuk melihat persembahan ini dengan lebih dekat. Saya yakin ada di antara mereka yang lebih tua tahu mengenai tradisi ini kerana mereka pernah melihat nenek moyang mereka melakukan perkara yang sama," ujarnya.

Selepas ini JWJ2 dijadual menjejaki minoriti Melayu dan amalan Islam di Myanmar sebelum meneruskan perjalanan ke Chiang Mai.

Minggu ini merupakan minggu terakhir ekspedisi sebelum ia ditamatkan secara rasminya pada Ahad ini.

JWJ2 merupakan satu ekspedisi menyusur sejarah budaya Melayu dan Islam merentasi tujuh negara membabitkan perjalanan dari negara ini menuju ke ke Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, China dan Myanmar.

Program selama 25 hari itu dianjurkan oleh Kelab Putera 1Malaysia, Majma' Budaya dan Warisan Jawi (MBWJ) serta disokong oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Utusan Malaysia merupakan akhbar rasmi ekspedisi tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.