saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 15/06/2011

ATM terus unggul, syabas Jeneral Azizan

PENCAPAIAN yang dipamerkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pelbagai misi sama ada di dalam negara mahu pun peringkat antarabangsa sepanjang dua tahun ini harus diakui adalah kerana usaha serta kebijaksanaan Panglimanya, Tan Sri Azizan Ariffin (gambar).

Pelbagai kejayaan telah dikecapi oleh ATM sepanjang di bawah pemerintahannya. Bagaimanapun, hari ini akan menjadi detik bersejarah kepada Azizan serta seluruh warga ATM apabila secara rasminya beliau menamatkan perkhidmatan bersama organisasi tersebut setelah hampir 41 tahun menabur bakti.

Azizan yang merupakan anak kelahiran Negeri Jelapang Padi, Kedah, memulakan kerjayanya bersama ATM apabila menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 15 Oktober 1970.

Beliau menamatkan latihan sebagai Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja (MTD) dengan jayanya sebelum ditauliahkan menjadi Pilot Officer pada 1971 dan diserapkan ke Cawangan Kawalan Trafik Udara TUDM.

Jawatan pertama yang disandang dalam perkhidmatan adalah sebagai Pegawai Kawalan Lalu Lintas Udara di Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Pada 8 Julai 1977, beliau telah dianugerahkan Sayap Penerbangan dan sejak itu kerjayanya bersama TUDM terus berkembang. Beliau telah dilantik sebagai juruterbang TUDM dan telah menerbangkan pelbagai jenis pesawat TUDM antaranya CT 4s, Aermacchi MB 326H, Bulldog B100, Cessna 402B, BAe 125, Fokker 28, Pilatus PC 7, Falcon 900, C130 serta BBJ.

Sepanjang kariernya bersama ATM, Azizan telah diberi kepercayaan untuk memegang pelbagai jawatan penting pada peringkat staf dan pemerintahan.

Antara jawatan yang pernah disandangnya ialah Ketua Skuadron Orang Kenamaan (VIP), jurulatih penerbangan di Pusat Latihan Penerbangan TUDM. Beliau juga merupakan salah seorang ahli pasukan penerbangan akrobatik TUDM iaitu Pasukan Taming Sari.

Selain itu, jawatan penting yang pernah disandang oleh beliau ialah sebagai Penasihat Pertahanan di Islamabad (Pakistan), Pengarah Latihan di Markas Tentera Udara dan Ketua Staf No. 2 Divisyen Udara.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Panglima 2 Divisyen Udara dan Komandan Kolej Tentera Udara. Sikap ketokohan yang dimilikinya telah melayakkan beliau dilantik sebagai Komandan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) (kini dikenali sebagai Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)) dan sekali gus mencatat sejarah sebagai Komandan ATMA yang pertama daripada TUDM.

Sebelum dilantik mengetuai TUDM, beliau pernah menyandang jawatan Panglima Operasi Udara dan kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Panglima Tentera Udara pada 5 April 2004.

Kredibiliti serta ciri-ciri kepimpinan yang dimilikinya membolehkan beliau dilantik menerajui TUDM sebagai Panglima Tentera Udara bermula 30 Oktober 2006.

Tanggal 1 September 2009 pula merupakan tarikh keramat kepada Azizan dan juga TUDM apabila secara rasminya dilantik sebagai Panglima ATM ke-17. Dalam erti kata lain, beliau telah melakar sejarah kerana menerima mandat sebagai Panglima ATM yang pertama daripada TUDM.

Sepanjang hampir dua tahun menerajui ATM, banyak pencapaian yang telah dikecapi oleh organisasi berkenaan. Kejayaan dalam misi-misi pengaman tentera di peringkat antarabangsa telah mengangkat nama Malaysia sebaris dengan negara-negara kuasa ketenteraan lain.

Malah di bawah kepimpinan Azizan, operasi menyelamat seperti Ops Piramid iaitu operasi membawa rakyat Malaysia keluar dari Mesir akibat pergolakan di negara itu dapat berjalan dengan lancar tanpa berlaku pertumpahan darah.

Banyak lagi sumbangan serta jasa yang telah disumbangkan oleh Azizan sepanjang menjadi Panglima ATM. Boleh dikatakan pencapaiannya dalam tempoh dua tahun memimpin ATM menjadi penanda aras kepada bakal penggantinya dalam usaha mengangkat nama ATM di persada antarabangsa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.