saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 15/06/2011

KDN siasat laporan warga Singapura diarah bogel di Johor

15/06/2011 6:12pm

KUALA LUMPUR 15 Jun – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung laporan dakwaan dua wanita warga Singapura diarah melucutkan pakaian ketika ditahan oleh pegawai Jabatan Imigresen di Johor, awal minggu ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, satu inkuiri akan diadakan bagi memastikan ketelusan terhadap siasatan dijalankan, yang akan turut melibatkan pihak ketiga selain Jabatan Imigresen.

"Apa pun jua, kami perlu menyiasat sehingga ke punca masalah itu. Adalah salah untuk mengatakan Jabatan Imigresen menjadi barisan hadapan, kerana ia tidak.

“Saya bercakap mengenai isu ini di Dewan Rakyat hari ini. Ia membabitkan pusat tahanan.

"Saya kata ia bukan hanya inkuiri dalaman, apa jua inkuiri yang dilakukan saya mahu pihak ketiga terlibat, pihak penjara dan pihak polis, setelah itu kita akan mencari punca insiden itu,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

The Straits Times Singapore hari ini melaporkan dua wanita berkenaan, yang memandu menyeberangi Tambak Johor pada 9 Jun lalu dari republik Singapura, mendakwa ditahan pegawai Imigresen Malaysia dan dipaksa menanggalkan pakaian sebelum kedua-duanya diarah melakukan ketuk ketampi sebanyak 10 kali. – Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.