saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 16/06/2011

Siti Nurhaliza dan tujuh lagi selebriti sertai Askar Wataniah

16/06/2011 8:26pm

KUALA LUMPUR 16 Jun Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan tujuh lagi selebriti tanah air hari ini menyerahkan borang bagi menyertai Rejimen Askar Wataniah.

Yang lain ialah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Kapt (B) Mohd Nor Bon, penerbit filem David Teo, penyanyi Ana Raffali dan Aizat Amdan serta Nurul Hidayah, anak sulung Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Nurul Hidayah 34, adalah pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di RTM.

Ahmad Zahid berkata, penyertaan selebriti dalam Askar Wataniah dapat menarik minat lebih ramai individu terutamanya golongan belia.

"Matlamat kami mempelawa selebriti menyertai Askar Wataniah adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang aktiviti, latihan dan tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Mereka kemudiannya boleh menterjemahkan dan menerangkan kepada orang ramai mengenai peranan tentera ketika berlaku peperangan dan juga dalam keadaan aman damai sekaligus menarik minat lebih ramai orang untuk menyertai pasukan ini, katanya kepada pemberita selepas menerima borang itu di sini hari ini. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.