saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/06/2011

Myanmar negara terakhir dilawati JWJ2


PENGARAH JWJ2, Zaid Muhammad Mohd. Rais (tiga dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Amanullah Jamaluddin ketika mengunjungi masjid Nur Islam di Tachilek, Myanmar, semalam.


TACHILEK (Myanmar) 15 Jun - Penjelajahan Jejak Warisan Jawi II (JWJ2) yang kini berada dalam minggu terakhir pengembaraan hari ini melawat sebuah masjid di Myanmar iaitu negara terakhir dalam misi menyusuri budaya Melayu dan Islam di tujuh negara.

Masjid Nur Islam berusia 100 tahun itu menjadi manifestasi serta lambang kepada kekuatan umat Islam di Myanmar khususnya di kawasan sekitar.

Kedudukan masjid berkenaan berada di sempadan Myanmar-Thailand.

Dalam lawatan ke Myanmar, anggota ekspedisi dilarang membawa masuk kenderaan kerana tertakluk kepada undang-undang negara itu menyebabkan tempoh lawatan hanya sehari tanpa bermalam.

Menurut imam masjid tersebut, Amanullah Jamaluddin, 65, sejak dibina masjid itu berperanan sebagai tempat penyatuan ummah, pusat ibadah dan pusat pengajian agama.

"Bagi kami kewujudan masjid ini merupakan rahmat. Ia menjadi sumber kekuatan kami untuk meneruskan usaha mempertahankan Islam dan mengamalkan Islam seperti mana yang diperintah oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW," katanya ketika ditemui di sini.

Amanullah memberitahu, masjid itu mampu menampung kehadiran jemaah seramai 1,000 orang pada satu-satu masa.

"Malah, setiap kali solat Jumaat bilangan jemaah lebih 1,000 orang. Komitmen kami dalam mengamalkan Islam begitu tinggi. Kami mahu Islam terus hidup kerana inilah satu-satunya harta paling berharga dan tiada tolok bandingnya," ujarnya.

Dalam pada itu, Amanullah berkata, kelas mengaji al-Quran di masjid berkenaan sudah wujud sejak 50 tahun lalu.

"Kelas ini telah memberi manfaat kepada beribu-ribu kanak-kanak terutama di kawasan sekitar dan beberapa kawasan lain," katanya yang telah berkhidmat sebagai imam di masjid itu lebih 30 tahun.

Sementara itu, dalam kunjungan ke masjid itu, JWJ2 mendapati ciri-ciri pembinaan Islam cukup terserlah terutama di bahagian dinding paling hadapan masjid tersebut.

Di dinding itu diukir petikan-petikan ayat al-Quran menggunakan tulisan khat.

Dalam lawatan itu juga kelihatan beberapa kanak-kanak mempelajari al-Quran di kelas-kelas yang disediakan.

JWJ2 merupakan satu ekspedisi menyusur sejarah budaya Melayu dan Islam merentasi tujuh negara membabitkan perjalanan dari negara ini menuju ke Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, China dan Myanmar.

Program selama 25 hari itu dianjurkan oleh Kelab Putera 1Malaysia, Majma' Budaya dan Warisan Jawi (MBWJ) serta disokong oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, manakala Utusan Malaysia merupakan akhbar rasmi ekspedisi tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.