saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 17/06/2011

Blogger masakan tunjuk bakat


Chef Liza Zainol bersama para peserta.


LAMAN Chef Liza yang terletak di Kampung batu Delima, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, yang pada hari-hari bekerja lazimnya tenang dan sunyi. Namun petang Jumaat lalu keadaannya berubah menjadi riuh-rendah.

Bukan kerana ada persembahan lawak, sebaliknya gurau-senda dan usik-mengusik oleh Chef Liza Zainol yang ligat bagai lipas kudung mengendalikan sesi pratonton Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 menjadikan program tersebut menjadi gamat.

Dalam program tersebut, seramai 10 pengendali blog (blogger) masakan tempatan turut dijemput bersama para media untuk merasai sendiri pengalaman membuat kek dan biskut.

Malah program pratonton itu juga turut mengumpulkan beberapa media tempatan untuk menyempurnakan tugasan Chef Liza yang menuntut tetamu menyediakan kek mangga yogurt dan biskut semprit.

Pengalaman membuatkan kek dan biskut bersama Chef Liza memang sesuatu yang menyeronokkan.

Biarpun pada awalnya teragak-agak untuk mencuba, tetapi akhirnya timbul rasa seronok apatah lagi masing-masing yang terlibat dalam sesi membuat kek dan biskut itu berjaya mengikut resipi yang diberi.

Bagi seorang blogger masakan, Nor Asmawaty Nor Din, 39, pengalaman menyertai program masakan bersama Chef Liza adalah sesuatu pengalaman manis kepada dirinya.

"Sebelum ini saya hanya melihat beliau dari jauh tetapi hari ini bukan sekadar dapat tunjuk ajar daripadanya tetapi juga bersua muka,'' ujarnya yang juga merupakan pensyarah kulinari di sebuah institut pengajian tinggi swasta di ibu negara.

Kata Asma, teknik-teknik yang diajar oleh Chef Liza merupakan ilmu berharga yang akan dikongsikan bersama pelajarnya nanti.

"Biarpun saya merupakan tenaga pengajar namun teknik-teknik yang diajar oleh Chef Liza tadi akan dikongsikan dengan pelajar-pelajarnya nanti, ia merupakan ilmu tambahan kepada saya," ujarnya.

Sementara itu, Siti Delima Yahya berkata, dia amat teruja kerana dapat menyertai program tersebut.

"Biarpun hanya program pratonton tetapi ia adalah persediaan untuk memasuki ke program yang realiti," ujarnya.

Malah ibu muda ini memberitahu, banyak ilmu yang dikutip sepanjang empat jam bersama idolanya itu.

Dia juga tidak sabar menunggu dan berjuang pada hari pertandingan tersebut.

Manakala rakan sekumpulannya, Zurina Sahani juga turut teruja untuk menunggu hari pertempuran.

"Banyak teknik yang diajar dan saya yakin melalui teknik yang diajar tadi mampu memberikan kemenangan kepadanya," ujarnya.

Bagaimanapun akuinya, kelas seumpama itu merupakan pendedahan yang berfaedah terutama kepada yang baru berjinak dengan dunia masakan.

"Saya beruntung sangat dapat menyertai kelas ini, banyak teknik yang diajar untuk menjadikan biskut menjadi sedap dan rangup," ujarnya.

Bagi orang ramai yang berminat menyertai Cabaran Daisy Sehebat Chef 20011 bolehlah mendapatkan borang yang yang disiarkan melalui akhbar Kosmo! mulai sekarang hingga 20 Jun ini.

Program yang akan bermula 18 Jun ini merupakan program kerjasama akhbar kompak Kosmo! bersama Minyak Jagung Daisy dan Tupperware.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.