saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/06/2011

Misi JWJ2 hampir ke penghujung setelah 25 hari merentasi enam negara

BANGKOK 17 Jun - Misi Jejak Warisan Jawi (JWJ2) hampir sampai ke penghujungnya apabila kesemua anggota dan kenderaan konvoi kini dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas berada di negara asing kira-kira selama 25 hari.

Walaupun penjelajahan JWJ2 ke tujuh negara itu dilakukan buat pertama kali melibatkan perjalanan sejauh lebih 10,000 kilometer namun kekentalan serta tahap kerjasama yang tinggi di kalangan anggota membolehkan pengembaraan itu berjaya.

Malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa 34 anggota yang terlibat dalam siri penjelajahan tersebut telah membuktikan kemampuan rakyat Malaysia melaksanakan misi penuh mencabar.

Misi tersebut dijadualkan tamat pada Ahad ini.

Sementara itu beberapa anggota yang ditemui mengakui pengalaman mereka menyertai siri penjelajahan JWJ2 kali ini cukup berharga, antaranya apabila melihat kedaifan sebahagian besar saudara seagama Islam di negara yang dilawati.

Mustafa Kamal Che Ali, 56, berkata, beliau sedih melihatkan sesetengah daripada negara yang dikunjungi itu berada dalam keadaan begitu daif, seolah-olah masih di era 1960-an.

"Bayangkan dalam keadaan negara yang mundur seperti Kemboja dan Laos bagaimana pula taraf kehidupan rakyat mereka terutama penduduk yang beragama Islam.

"Saya melihat sendiri keadaan hidup mereka dan antara pengajaran yang boleh saya hasil daripada penjelajahan ini, saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia," kata beliau.

Bagi Anas Rasyidi Jainudin, 34, selain berpeluang melihat susur budaya Melayu dan Islam di negara-negara tersebut, kedaifan hidup sebahagian besar umat Islam di sana cukup membuatkan beliau mensyukuri nikmat yang dikecapinya selama ini.

"Apa yang saya lihat ini sangat menginsafkan saya dan rakan-rakan yang lain. Saya amat berharap agar semua rakyat Malaysia mensyukuri segala nikmat yang kita dapat selama ini. Ia sangat berbeza berbanding kehidupan saudara seagama kita di negara yang dilawati ini,'' katanya.

Dalim Othman, 40, pula menyifatkan penjelajahan JWJ2 sebagai bukti komitmen sekumpulan anak Melayu membantu saudara seagama di negara luar.

"Bagi kami jarak sejauh beribu-ribu kilometer bukan menjadi penghalang kepada JWJ2 untuk membantu saudara-saudara yang daif seperti di Vietnam, Kemboja dan Laos. Melalui usaha ini saya percaya ia sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan mereka," katanya.

Selain itu beliau berkata, pertemuan dengan komuniti Melayu di negara-negara terbabit juga memberi banyak pendedahan antaranya mengenai kewujudan rumpun yang sama di negara-negara Indo-China.

Mohd. Tarmizi Ahmad Sani, 34, pula berkata, pengalamannya menyertai JWJ2 amat berharga dan ia tidak boleh dijual beli.

"Inilah kali pertama saya dan rakan-rakan lain terbabit dalam satu misi pengembaraan yang amat panjang. Misi ini sebenarnya menuntut satu nilai pengorbanan yang amat tinggi kerana kita terpaksa meninggalkan keluarga dan kerjaya dalam tempoh yang lama," katanya yang juga ketua perjalanan konvoi JWJ2.

Bagaimanapun dia mengakui pengorbanan yang dilakukannya bersama anggota-anggota lain berbaloi apabila misi JWJ2 selama 25 hari berjaya mengesan kedudukan komuniti Melayu dan amalan Islam di semua negara dijelajahi.

Ketika ditanya antara cabaran yang dihadapi oleh JWJ2, Saiful Affendee Mohd. Rais, 45 berkata, antaranya membabitkan soal corak pemanduan di beberapa negara seperti Vietnam, Kemboja dan Laos selain terpaksa berhadapan dengan lalu lintas amat sibuk serta keadaan jalan raya berliku, berbukit dan sempit.

"Di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam kami terpaksa berdepan dengan jumlah motosikal yang terlalu banyak. Kami terpaksa menghadapi masalah ini dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

"Apatah lagi di negara seperti Vietnam, Kemboja, Laos serta China kami terpaksa memandu di jalan sebelah kanan. Di Laos pula kami terpaksa berdepan dengan cabaran jalan berliku, berbukit dan sempit antara Vientaine melalui Luang Prabang sehingga Botene sejauh 620 kilometer," katanya.

Sementara itu, Abdul Razak Hashim, 40, yang bertindak sebagai penyelaras teknikal berkata, sepanjang penjelajahan masalah teknikal yang dialami oleh semua kenderaan dapat diatasi dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

"Boleh dikatakan semua kenderaan berdepan dengan masalah teknikal dan paling serius gandar tayar belakang milik Pengarah JWJ2, Zaid Muhammad Mohd. Rais patah ketika di Siem Reap, Kemboja.

"Bagaimanapun masalah itu tidak menjejaskan jadual perjalanan kerana kerosakan ini dapat diatasi dengan segera. Sebenarnya untuk pengetahuan, semua kenderaan yang digunakan berusia lebih 18 tahun," katanya.

JWJ2 merupakan satu ekspedisi menyusuri sejarah budaya Melayu dan Islam merentasi tujuh negara membabitkan perjalanan dari negara ini menuju ke ke Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, China dan Myanmar.

Program selama 25 hari itu dianjurkan oleh Kelab Putera 1Malaysia, Majma' Budaya dan Warisan Jawi (MBWJ) serta disokong oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Utusan Malaysia merupakan akhbar rasmi ekspedisi berkenaan. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.