saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 18/06/2011

17 maut di jalan raya setiap hari di Malaysia - Solah

18/06/2011 5:14pm

BERA 18 Jun Malaysia mencatatkan purata 17 kematian setiap hari akibat kemalangan jalan raya sepanjang tahun lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, penunggang dan pembonceng motosikal kekal sebagai penyumbang terbesar statistik tersebut.

Beliau berkata, daripada 397,330 kemalangan yang dilaporkan di seluruh negara tahun lepas, sebanyak 6,218 adalah kemalangan maut.

"Walaupun banyak usaha dilakukan kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini, namun perangkaan kecelakaan masih tinggi dan membimbangkan, katanya ketika berucap pada program Satu Komuniti Satu JPJ di Sekolah Menengah Kebangsaan Purun, di sini hari ini.

Solah berkata, di Pahang, sebanyak 17,315 kes kemalangan jalan raya dicatatkan tahun lepas dengan 492 kes kemalangan maut membabitkan 574 kematian.

Daripada jumlah itu juga sebanyak 446 kes mengakibatkan kecederaan parah manakala 786 cedera ringan, katanya. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.