saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 18/06/2011

Minyak peram enakkan masakan


Chef Sabri menunjukkan antara koleksi piala dan pingat yang pernah dimenangi beliau.


MINYAK masak sudah tentu diiktiraf sebagai bahan masakan utama yang digunakan dalam apa jua resipi masakan di dunia.

Begitu pun, ramai yang mungkin jarang atau tidak pernah mendengar tentang minyak masak yang diperam bagi menjadikan masakan lebih enak.

Jika ada yang tertanya-tanya bagaimana minyak tersebut dihasilkan, ia tidak sesukar yang disangka kerana hanya menggunakan minyak masak biasa dan rempah ratus yang mudah diperoleh.

Semua jenis minyak boleh diperisakan dengan memeramkannya bersama bahan makanan aromatik seperti herba-herba segar, lada, bawang putih dan lain-lain dalam minyak tersebut untuk suatu tempoh masa tertentu.

Pada minggu ini, Gaya Chef membawa pembaca ke dapur lima bintang, Kafe Warisan yang terletak di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Dapur tersebut diketuai oleh Chef Eksekutif, Sabri Soid yang merupakan salah seorang pakar masakan Perancis.

Berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang, Chef Sabri juga mengumpul pelbagai jenis minyak masak yang diperam sendiri.

Pada mulanya, Chef Sabri hanya menghasilkan minyak tersebut untuk kegunaan masakan di tempat kerja tetapi lama-kelamaan ia bertukar kepada hobi pada waktu lapang.

Chef Sabri berkata, kebanyakan chef mempunyai koleksi peribadi masing-masing seperti pisau, sudu dan garfu tetapi beliau lebih suka mengumpul sesuatu yang lain daripada yang lain.

“Saya suka mengumpul minyak masak peram dan bagi saya minyak tersebut unik kerana selain boleh digunakan untuk memasak, ia juga boleh dijadikan sebagai barang perhiasan.

“Malah minyak yang telah siap diperam itu merupakan bahan perasa semula jadi tanpa bahan pengawet, perasa tambahan atau pewarna tiruan,” katanya.

Beliau berkata, minyak peram mudah dihasilkan dengan hanya memeramnya bersama minyak seperti minyak zaitun, jagung, kelapa sawit, kelapa, kacang soya, biji labu, bunga matahari, kesumba, kacang, biji anggur, bijan dan bahan-bahan aromatik seperti kulit kayu manis, cili, buah pelaga, bunga cengkih, daun salam dan bunga lawang.

“Lebih lama minyak tersebut diperam maka ia lebih enak dan sedap dimakan. Lagipun minyak peram tiada tarikh luput dan boleh digunakan bila-bila masa sahaja.

“Koleksi minyak peram paling lama saya simpan ialah selama 12 tahun dan kebanyakannya saya pamerkan di Kafe Warisan,” jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.