saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 18/06/2011

Akhtar tak lupa ucap 'terima kasih'


PASANGAN romantik dan bahagia, Akhtar Sahari dan Rohaini Ali.


CERITA Akhtar Sahari, 36 tentang isteri tercinta Rohaini Ali, 33, memberi gambaran bahawa pasangan ini mempunyai nilai hormat menghormati yang begitu tinggi.

Manakan tidak, walaupun sudah tujuh tahun berumah tangga, Akhtar masih mengucapkan 'terima kasih' kepada isterinya setiap kali isterinya menyediakan makanan untuk keluarga.

Penulis secara peribadi berasa ia satu tindakan yang pasangan suami isteri sering terlepas pandang, padahal ia perlu untuk mengapresiasikan penghargaan kepada si isteri.

"Isteri saya memang seorang yang tidak jenis makan di luar. Dia amat suka masak dari awal perkahwinan kami sehinggalah kini. Kadang-kadang saya ajak untuk makan di luar tapi dia sering menolak," ujar Akhtar yang kini berkhidmat sebagai Ketua Komunikasi Korporat di sebuah syarikat swasta.

Personaliti TV ini yang sentiasa mengagumi kehebatan isterinya memasak, sering terkenang masakan air tangan pertama isteri iaitu ketika beliau memasak juadah berbuka puasa ketika zaman mereka bercinta.

Baginya, melalui masakan menjadi ikatan kasih sayang antara suami dan isteri dan pada zaman moden ini tidak mudah mencari perempuan yang pandai memasak.

Malah bekas pengacara rancangan Sebutan Syariah di Astro dan program Al-Baraqah di TV9 ini turut mengakui kagum dengan ketabahan dan kesabaran isterinya menjaga anak-anak mereka yang masih kecil. Arissa Husna, 4, Hanissa Ameera, 3 dan Aus Rayyan, 1, tanpa pembantu rumah. Tiga cahaya mata comel ini pastinya menjadi pelengkap kehidupan serta menambah keceriaan rumah tangga mereka.

Mengimbas detik perkenalan, Akhtar dan Rohaini masing-masing diperkenalkan seorang rakan yang juga rakan kepada isterinya.

Mereka mula serius menjalinkan hubungan pada tahun 2001 dan berkawan selama empat tahun.

"Saya sering bergurau dengan isteri, apabila tahu beliau berasal dari Melaka, saya selalu mengusik dengan berkata 'senanglah kalau berkahwin nanti bila nak balik kampung sebab dekat, dalam nada gurau tapi penuh makna.

"Dalam tempoh bercinta, kami sering bertemu pada hujung minggu, kadang-kadang bertemu juga setelah habis waktu pejabat untuk makan malam bersama," ujar Akhtar yang berasal dari Negeri Sembilan.

Detik lamaran Akhtar ialah pada sekitar tahun 2003 setelah dia merasakan bahawa dirinya telah bersedia dan mempunyai keserasian bersama Rohaini.

"Sudah tentu saya diminta berjumpa dengan ibu dan bapa Rohaini serta menyatakan hasrat untuk menyunting anak mereka. Urusan saya mudah sebab masing-masing sudah mengetahui hubungan kami berdua.

"Lalu pada pertengahan tahun 2003 saya telah berjumpa keluarga bakal isteri dan menyatakan hasrat saya kepada kedua ibu bapa saya untuk mendapatkan restu. Kami bertunang pada hujung tahun yang sama dan berkahwin enam bulan selepas itu," ujar Akhtar yang dinikahkan sendiri oleh bapa mentua.

Menariknya, tarikh pernikahan mereka sama dengan ulang tahun kelahiran bapa Akhtar, malah pada tarikh tersebut juga bapanya bersara dari sektor kerajaan.

"Perkara yang paling tidak dapat dilupakan ialah hari persandingan kami yang jatuh pada hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 iaitu pada 21 Mac 2004. Ia juga merupakan kali pertama kami berdua pergi mengundi. Tambah menarik apabila kami pergi mengundi dengan memakai pakaian pengantin, jadi bila tiba PRU kami berdua pasti akan terkenangkan hari persandingan, memang ia satu kenangan manis yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Namun kami rasa sedih kerana bapa isteri saya meninggal dunia tidak sampai sebulan selepas kami bernikah. Apa pun kami reda dengan ketentuan-Nya," ujar Akhtar yang pernah mengacarakan majlis akad nikah dan resepsi penyanyi Mawi dan Ekin.

Akhtar dan Rohaini menunggu hampir tiga tahun sebelum dikurniakan anak pertama. Bermacam cara telah dilakukan namun tidak berhasil. Akhirnya pasangan ini menunaikan umrah pada tahun 2006 dan memohon pada Allah agar dikurniakan cahaya mata sebagai penyambung warisan mereka.

"Alhamdulillah Allah telah memakbulkan doa kami dan kami memperoleh cahaya mata pertama pada tahun 2007 (Arissa Husna) dan dengan kuasa Allah juga kami dikurniakan cahaya mata kedua pada tahun berikutnya (Hanissa Ameera) manakala cahaya mata ketiga (Aus Rayyan) pada tahun 2010, tak berhenti pula," ujar Akhtar dalam nada ceria.

Sejak bernikah, rumah tangga yang mereka bina atas dasar kasih berjalan lancar, walaupun bertugas sebagai pengacara televisyen secara sambilan, Rohaini tidak pernah cemburu dan yakin pada kejujuran suaminya.

"Sedangkan lidah lagi tergigit, ia asam garam hidup berumah tangga. Kesabaran dan bertolak ansur adalah kunci kepada pengurusan konflik rumah tangga yang kami bina," jelasnya.

Akhtar turut menitipkan pesanan buat pasangan muda yang belum ataupun sudah berumah tangga agar menjaga ikatan suci perkahwinan dengan sebaiknya.

"Penting bagi setiap pasangan untuk mengetahui dan menjalani tanggung jawab dan peranan sebaiknya. Pesan saya kepada para suami, bantulah isteri di rumah kerana kerja-kerja rumah bukan semata-mata terletak di bahu isteri. Sebaiknya juga solatlah secara berjemaah suami isteri," pesan Akhtar mengakhiri bicara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.