saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 19/06/2011

Terkenang jasa Tok Mat

KHAMIS lalu semasa Siti melalui Lebuh Raya Persekutuan, Siti ternampak bangunan Angkasapuri berdiri megah di Bukit Putra. Di Situlah letaknya RTM yang menjadi perintis dunia penyiaran negara ini. Tiba-tiba saja Siti teringat kepada bekas Menteri Penerangan, Allahyarham Mohamed Rahmat. Beliau menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali. Kalangan wartawan beliau mesra dipanggil Tok Mat saja.

Tok Mat seorang yang sangat tegas dalam soal kerja, apa lagi soal budaya dan moral. Biarpun beliau seorang yang mudah mesra, Tok Mat berani menongkah arus. Misalnya beliau mengharamkan artis berambut panjang mengambil bahagian dalam program RTM. Banyak juga kumpulan rock kapak yang berdegil. Kononnya biar tak makan asalkan berambut panjang.

Tapi biasalah prinsip kumpulan rock mana ada yang bertahan. Mudah cair. Satu demi satu mengemaskan rambut mereka dan tidak terlalu panjang, tak pakai jeans dan baju T, tak selekeh untuk masuk RTM. Kemuncak sekali kumpulan Search dan Wings juga berambut pendek. Tok Mat sendiri yang potong rambut mereka dan disiarkan secara langsung di RTM. Satu kejayaan Tok Mat apabila arahannya dipatuhi.

Siti juga teringat Tok Mat bab filem dan drama-drama tahyul. Tok Mat tegas mengharamkan semua filem dan drama tahyul di RTM. Kalau dikira banyak drama hantu sekarang tak lepas di RTM zaman Tok Mat. Sebenarnya Tok Mat betul. Tengoklah sekarang, drama hantu berlambak-lambak. Sebabnya tak ada orang nak halang. Kononnya kita berfikiran terbuka, hasilnya penonton televisyen kita telah “dihantukan”.

Zaman Tok Mat juga ada peraturan Made In Malaysia (MIM) pada filem-filem iklan. Semua iklan mesti membuat penggambaran dalam negara, pasukan kreatif orang tempatan dan pelakon iklan bukan pan asia. Kalau tak ikut, mereka tak diberikan sijil MIM dan tak boleh disiarkan di televisyen. Tok Mat bukan diskriminasi pan asia tapi Tok Mat faham sangat perangai sesetengah pengiklan sengaja nak buang wajah Melayu. Kononnya wajah ini tak melambangkan kemodenan.

Rasanya sekarang peraturan mesti pasukan kreatif orang tempatan sudah tidak ada. Iklan yang pelakonnya mat salih pun boleh disiarkan di televisyen. Malah wajah-wajah Melayu misalnya hanya disekutukan dengan barangan kelas murah dan kegunaan golongan marhaen. Iklan sabun basuh atau minyak masak layaklah untuk pelakon wajah Melayu dalam filem iklan sekarang.

Tok Mat juga prihatin soal moral. Artis yang didapati bersalah berkhalwat misalnya dikenakan tindakan. Yang hisap dadah pun tak terlepas begitu saja. Tapi sekarang semua itu sudah tidak ada. Malah pengagum dan penyokong gay pun tetap boleh ambil bahagian di televisyen.

Beberapa bulan sebelum pemergiannya, Siti dan seorang teman bersembang panjang dengan Tok Mat di Hotel Equatorial Kuala Lumpur. Beliau nampak uzur tapi tetap ketawa seperti dulu.

“Masa aku jadi menteri dulu, kaulah yang selalu hentam aku. Tapi tak apa, teguran baik aku terima.” Demikian kata Tok Mat dan Siti minta maaf kalau beliau tersinggung kerana Siti tak ada apa-apa agenda pun semasa menulis. Mereka yang berjasa, selepas ketiadaannya baru dirasakan kehilangannya.

SITI JARUM: Menulis bukan kerana nama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.