saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/06/2011

70 peratus bukan Melayu hadir

KUALA LUMPUR 20 Jun - Majlis prapelancaran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di sini malam tadi dihadiri kira-kira 1,000 orang, 70 peratus daripadanya adalah bukan Melayu.

Namun, yang menjadi persoalannya, pada perhimpunan Bersih yang kali pertama dianjurkan pada 11 Disember 2007 lalu, rata-rata peserta perhimpunan haram itu terdiri daripada kaum Melayu.

Berikutan itu, ada pihak memberi amaran kepada segelintir masyarakat Melayu supaya mereka tidak diperalatkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda politik tertentu.

Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi, Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma), Yusoff Lahir melahirkan rasa kecewa melihat orang Melayu sanggup dijadikan 'kuda tunggangan' pihak lain untuk menyertai perhimpunan haram itu.

"Orang Melayu perlu ingat dan belajar daripada sejarah bangsa sebelum negara mencapai kemerdekaan. Kena fokus hala tuju dan matlamat perjuangan, lengkapkan dada dengan ilmu pengetahuan dan jangan ikut membabi buta sahaja.

"Perjuangan yang sebenarnya dituntut agama ialah mendamaikan dua pihak bertelagah bukannya menimbulkan lagi huru-hara.

"Malah, orang Melayu juga yang ramai ditahan ketika ditahan berhimpun tetapi tengok siapa yang tepuk tangan bila Melayu kena tangkap," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Setakat ini, kumpulan pengacau Bersih tetap berdegil untuk meneruskan perhimpunan haram pada 9 Julai ini di ibu negara walaupun dikecam pelbagai pihak.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman menyeru semua pihak tanpa mengira bangsa untuk menilai isu ini dari semua sudut dan berfikiran matang agar tidak menjejaskan keharmonian negara.

"Kebebasan bersuara dan hak asasi orang ramai adalah untuk kebaikan dan bukan kepentingan politik atau agenda tertentu.

"Sesuatu langkah yang boleh menjejaskan keselamatan negara boleh memberi gambaran negatif serta satu peluang 'penjajahan tanpa sempadan' pihak luar.

"Semua kaum akan terjejas dari segi ekonomi, sosial dan pembangunan negara sekiranya sudah ada campur tangan pihak luar, ia semestinya tidak menguntungkan mana-mana pihak sama ada penganjur atau penentang perhimpunan tersebut," katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.