saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 21/06/2011

Tempat tumpuan mengecewakan

MELAKA 20 Jun - Isu kebersihan dan penyelengaraan yang kurang memuaskan masih menjadi masalah utama di beberapa kawasan pelancongan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latif Tamby Chik berkata, antara masalah utama yang berlaku di tempat-tempat tumpuan pelancong yang telah dilawatinya ialah persekitaran yang kotor selain papan tanda yang tersorok.

Tanpa menyebut tempat pelancongan dimaksudkan, Latif berkata, kerja-kerja penyelenggaraan juga tidak dilakukan dengan baik apabila pokok hiasan tidak dicantas dengan kemas dan rumput yang panjang menjadikan persekitaran kawasan pelancongan tersebut kelihatan semak-samun.

"Semua masalah ini telah dirujuk ke jabatan kerajaan berkenaan dan swasta yang mengendalikan tempat pelancongan itu.

"Semua pihak perlu bekerjasama sebagai satu pasukan yang benar-benar komited bagi mencapai sasaran kedatangan 11 juta pelancong tahun ini," katanya selepas mengadakan lawatan di Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka, Ayer Keroh di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Urusan Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka, Gerard Wong dan beberapa wakil agensi kerajaan berkaitan.

Mengenai lawatannya hari ini, Latif berkata, beliau berpuas hati dan sedia membantu syarikat swasta itu yang telah menunjukkan usaha gigih memajukan industri pelancongan negeri ini.

"Saya berpuas hati dengan usaha gigih pengurusan taman ini dalam mempromosikan Melaka sebagai tempat pelancongan yang wajib dilawati, malah saya kagum melihat persekitaran taman ini cantik dan ceria," katanya.

Katanya, sikap syarikat swasta itu perlu dicontohi syarikat lain.

Beliau menambah, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah bersetuju untuk menaik taraf jalan masuk ke taman tersebut.

Sementara itu menurut Gerard, Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka berjaya menarik hampir 300,000 pengunjung tahun lalu dan yakin bilangan itu akan meningkat dengan beberapa lagi tarikan baru yang akan disediakan.

"Kerja-kerja penambahbaikan sentiasa dilakukan. Walaupun mempunyai keluasan 4.8 hektar, hanya 1.6 hektar ekar digunakan dan kami sedang memikirkan produk-produk lain yang akan dibangunkan di taman ini pada masa hadapan," katanya.

Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka yang dibuka pada Februari 1991 mengenakan tiket masuk berharga RM8 bagi orang dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.