saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 22/06/2011

Pembangkang suka pada anarki - Dr. Zainal

KUALA LUMPUR 21 Jun - Perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dirancang pada 9 Julai ini memperlihatkan sikap pembangkang yang suka kepada anarki bagi menimbulkan huru-hara dan kekacauan.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, pembangkang kini terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas berada dalam keadaan dilema apabila sokongan daripada orang Melayu terhadap parti itu semakin berkurangan.

"Jadi, mereka menimbulkan apa jua isu untuk membangkitkan rangkaian kekecohan di seluruh negara seterusnya mempengaruhi dan memanipulasi rakyat supaya bangkit membuat tunjuk perasaan dan menentang kezaliman.

"Inilah sikap sebenar komunis, mereka sukakan huru-hara dan kacau bilau dan akan lakukan apa sahaja untuk melakukan kekecohan di seluruh negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Meskipun tersepit dengan desakan pelbagai pihak supaya perhimpunan haram mereka pada 9 Julai ini dihentikan, Bersih tetap akan meneruskan agenda itu dengan alasan ia adalah hak setiap rakyat negara ini.

Zainal berkata, Bersih bukan sekadar perhimpunan untuk mempersoalkan perjalanan pilihan raya tetapi sebagai platform bagi memainkan isu yang mungkin menjadi perhatian rakyat dan seterusnya membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

"Mereka mungkin akan meneruskan momentum ini supaya bila pilihan raya nanti, kebencian rakyat akan mencapai ke tahap yang tinggi dan menolak kerajaan," katanya.

Penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, Bersih dianjurkan bagi mendapatkan simpati rakyat kepada pakatan pembangkang seterusnya menuntut perubahan bagi merealisasikan angan-angan besar mereka untuk mentadbir negara ini.

"Apa yang dilakukan juga adalah salah satu cara untuk mendapatkan populariti dan pengaruh kerana mereka tahu dengan taktik demikian maka media akan memberi tumpuan penuh pada apa yang mereka lakukan," tegasnya.

Bersih juga katanya, digunakan bagi menutup kelemahan sama ada dalam PKR yang dibayangi oleh kes salah laku moral Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pas dengan slogan Negara Berkebajikan yang ditempelak masyarakat manakala DAP yang tenggelam punca ekoran rasisnya mereka dalam memperkudakan orang Melayu.

"Apabila perhimpunan haram Bersih dianjur, maka ia diharap dapat mengalihkan tumpuan daripada kelemahan-kelemahan mereka yang telah 'dilondehkan' kepada hal berkaitan demonstrasi semata-mata," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.