saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 24/06/2011

Peniaga Kompleks Gurney tertekan


Peniaga turut membangkitkan suasana lesu di Kompleks Gurney yang didakwa berpunca daripada ketiadaan promosi dilakukan oleh pihak pengurusan sehingga menjejaskan perniagaan mereka.


KUALA LUMPUR 23 Jun - Sebahagian peniaga di Kompleks Gurney di sini kesal dengan sikap pihak pengurusan kompleks itu, Koperasi Glokal Niaga Malaysia Berhad (KGNMB) yang didakwa enggan berunding dengan mereka berhubung pelbagai isu yang timbul.

Sikap itu membuatkan peniaga di situ semakin tertekan selepas mereka terbeban dan terkejut dengan kadar sewa yang baru, selain tindakan pihak pengurusan memotong bekalan elektrik ke premis mereka.

Menurut peniaga, perkembangan terbaru itu berlaku selepas syarikat berkenaan mengambil alih pengurusan kompleks itu daripada Citra Wijaya Sdn. Bhd. pada Disember tahun lalu.

Kata mereka, KGNMB juga dilihat seolah-olah cuba menolak sebarang usaha mengadakan rundingan bersama peniaga, malah pejabat syarikat itu di kompleks berkenaan juga didapati telah ditutup sejak beberapa minggu lalu, sekali gus memburukkan lagi keadaan.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kompleks itu mendapati dakwaan peniaga terhadap kelesuan suasana kompleks berkenaan tidak banyak bezanya dengan apa yang dialami oleh peniaga di Anggerik Mall, Shah Alam sebelum ini.

Isunya sama. Tertekan dengan kadar sewa baru, kekurangan pengunjung akibat kurang usaha promosi yang dijalankan oleh pihak pengurusan dan meminta agar Majlis Amanah Rakyat (Mara) selaku pemilik mengambil alih semula pengurusan seperti yang dilakukan kepada Anggerik Mall.

Pengerusi Jawatankuasa Peniaga dan Penyewa Kompleks Gurney, Muhammad Muszaki Mohd. Ozi berkata, keengganan pihak KGNMB berunding dengan para peniaga selepas kadar sewa dinaikkan menunjukkan sikap tidak profesional mereka.

"Peniaga sudah berusaha beberapa kali untuk bertemu dengan pengurusan syarikat itu, selain menghubungi mereka tetapi pihak terlibat seolah-olah cuba melarikan diri," dakwanya.

Dakwanya, dalam surat tawaran bertarikh 25 April 2011, kadar sewa yang pada asalnya RM1,800 telah dinaikkan sehingga RM2,500 sebulan bermula 1 November akan datang.

"Walaupun kadar sewa dari Januari hingga April diberikan diskaun 45 peratus, tetapi untuk menikmati diskaun itu, kami diminta menandatangani perjanjian baru yang tertera kadar sewa baru sebanyak RM2,500 dengan deposit dua bulan, bayaran sewa semasa serta tunggakan sewa dilangsaikan," ujarnya.

Dia mendakwa, kadar sewa baru itu cukup membebankan manakala terma dalam perjanjian baru itu dianggap tidak munasabah dan lebih memihak serta menguntungkan syarikat pengurusan.

Sehubungan itu, katanya, peniaga yang merasakan mereka dizalimi meminta pihak Mara campur tangan sama ada meminta KGNMB berunding dengan peniaga atau lebih baik lagi, mengambil alih pengurusan kompleks itu bagi memastikan peniaga Melayu tidak teraniaya.

Dari segi reka bentuk, kompleks itu tidak kalah dengan kompleks komersial lain tetapi lokasinya yang agak tersorok serta laluan masuk yang mengelirukan, selain kekurangan promosi menyebabkan kompleks berkenaan lesu walaupun sudah dibuka sejak hampir dua tahun lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.