saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/06/2011

Juruterbang maut

JAKARTA 23 Jun - Seorang juruterbang Malaysia terbunuh apabila pesawat ringan yang dipandunya dalam pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 2011 terhempas di tanah lapang Kompleks Perundam III Tunggul Hitam, Padang, Sumatera Barat, petang ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Kolonel (B) Zakaria Salleh adalah dari Kelab Penerbangan Di-Raja Selangor.

Laman web kelab tersebut dalam entri terkini malam ini mengesahkan kematian Zakaria yang merupakan kapten kelab itu dalam pertunjukan berkenaan.

Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di sini yang turut mengesahkan laporan itu memberitahu, usaha sedang dilakukan untuk menguruskan penghantaran pulang jenazah mangsa ke tanah air.

Menurut Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Norlin Othman, pesawat yang dipandu juruterbang itu adalah dari jenis Cristian Eagle dengan nombor pendaftaran N21H dan kejadian berlaku pada pukul 5.24 petang waktu tempatan.

Difahamkan, sejumlah lapan pesawat dari Malaysia termasuk pesawat malang itu mengambil bahagian dalam pertunjukan udara itu.

Pesawat lain ialah empat buah dari jenis C172, dua pesawat C150 dan sebuah pesawat PA28.

Menurut laporan media tempatan yang memetik seorang saksi, pesawat Eagle itu sedang melakukan aksi aerobatik apabila ia tiba-tiba menjunam ke tanah.

Pesawat itu juga dilaporkan mengeluarkan asap tebal sebelum menjunam ke tanah lapang di Jalan Galaksi.

Sejurus selepas itu, anggota polis dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) mengeluarkan mangsa dan terus membawanya ke Hospital M Djamil.

Zakaria yang cedera parah meninggal dunia di hospital berkenaan. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.