saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 28/06/2011

ASN2 agih pendapatan 5.5 sen seunit


Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) dan Hamad Kama Piah Che Othman bersalam sebelum menunjukkan agihan pendapatan ASN 2 bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2011 di Kuala Lumpur, semalam. - utusan/SAIFUL BAHARI ASHARI


KUALA LUMPUR 27 Jun - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.50 sen seunit untuk Amanah Saham Nasional 2 (ASN2) bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2011.

Agihan itu merupakan kenaikan sebanyak 0.3 sen seunit berbanding 5.20 sen pada tahun lalu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan itu membabitkan peruntukan RM10.8 juta yang bakal diterima oleh 8,832 pemegang unit yang melanggan 196 juta unit ASN2.

Katanya, prestasi ASN2 sepanjang tempoh itu keseluruhannya adalah lebih baik berbanding tahun lalu.

Menurut beliau, ASN2 menyaksikan kenaikan nilai aset bersih (NAB) daripada RM1.0267 seunit pada 30 Jun 2010 kepada RM1.2246 seunit pada 23 Jun 2011 dengan jumlah pulangan yang diperoleh ASN2 ialah sebanyak 19.27 peratus.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, sebenarnya PNB mempunyai kapasiti untuk membayar sebanyak 15.3 sen seunit bagi ASN2.

''Bagaimanapun, kita hanya membayar 5.50 sen seunit sahaja dan bakinya dibawa ke hadapan,'' katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman ASN2 di sini hari ini.

Sehingga 23 Jun 2011, ASN2 juga telah mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM14.34 juta.

Pendapatan daripada jualan saham menyumbang sebanyak RM5.43 juta atau 37.87 peratus manakala pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburan menyumbang sebanyak RM7.24 juta atau 50.49 peratus dan selebihnya RM1.67 juta atau 11.64 peratus daripada lain-lain pendapatan.

Semua urus niaga bagi ASN2 di Ibu Pejabat Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) telah ditangguhkan mulai hari ini sehingga 30 Jun 2011 kerana urusan pengiraan pendapatan.

Pemegang unit ASN2 boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di pejabat ASNB atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 1 Julai 2011.

Pengiraan pengagihan pendapatan ASN2 adalah berdasarkan pegangan unit pada 30 Jun 2011 iaitu hari terakhir tahun kewangan tabung ASN2.

Pengagihan pendapatan itu akan dilabur dan dikreditkan secara automatik dalam akaun pemegang unit berdasarkan NAB ASN2 pada 30 Jun 2011.

Bagi pemegang unit pelanggan melanggan unit-unit ASN2 menerusi Skim Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, pembayaran pengagihan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pelaburan berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.