saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/07/2011

Bukan budaya Islam

PASIR MAS 30 Jun - Demonstrasi jalanan yang dirancang oleh Bersih bukannya budaya dalam Islam dan tidak sepatutnya disertai oleh pihak yang mempunyai komitmen dengan perjuangan Islam.

Tokoh akademik Islam, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid turut menyifatkan tindakan menekan kerajaan dengan menggunakan isu pilihan raya yang tidak bersih sebagai satu 'permainan kotor'.

Beliau berkata, ini disebabkan pilihan raya yang diadakan di negara ini diiktiraf dan tidak pernah dikritik oleh mana-mana pertubuhan antarabangsa.

"Perhimpunan untuk menekan kerajaan bukan budaya Islam, maka tidak sepatutnya disertai oleh mereka yang ada komitmen dengan perjuangan Islam. Islam ada alternatif yang lain, alternatifnya apabila kita menerima demokrasi sebagai satu dasar,

"Jadi kita guna demokrasi yang ada dan pilihan raya dalam negara kita tidak pernah dikritik oleh mana-mana pertubuhan antarabangsa, maknanya kita mempunyai dasar pilihan raya yang baik. Kalau kita guna isu pilihan raya tidak bersih untuk menekan kerajaan, maknanya ia satu permainan kotor," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menyampaikan ceramah Israk Mikraj anjuran Pusat Khidmat Membela Rakyat (PKMR) Pasir Mas di sini, malam tadi.

Turut hadir Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Mahmood Zuhdi berkata demikian ketika diminta mengulas perhimpunan haram Bersih yang diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu pada 9 Julai ini.

Beliau yang juga Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, daripada perkembangan semasa, jelas menunjukkan perhimpunan Bersih mempunyai tujuan yang tidak baik untuk perpaduan Melayu dan umat Islam di negara ini.

"Memang perhimpunan ini satu ancaman besar. Ini satu perhimpunan yang akan meletakkan orang Melayu dalam keadaan serba salah dan akan memecahkan mereka kepada pelbagai pasukan dan akan melibatkan orang Melayu bertelagah sesama sendiri, ia titik awal atau akhir kepada perpecahan orang Melayu.

"Jangan ingat bila orang Melayu berpecah, orang lain akan senang kerana orang Melayu adalah majoriti dalam negara ini, bila majoriti berpecah dan berbalah sesama sendiri, maka orang lain akan turut menerima akibat juga," katanya.

Justeru, katanya, golongan majoriti senyap di negara ini perlu bangkit untuk menentang perhimpunan haram tersebut kerana ia mengganggu keamanan dan melanggar hak asasi mereka.

"Saya juga menasihatkan golongan muda di universiti supaya memberi tumpuan kepada ilmu dan ingat politik ini bukan satu perkara senang untuk dicampuri, bila keluar dari universiti nanti baru tahu dunia politik ini jauh berbeza daripada apa yang dilihat sekarang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.