saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/07/2011

Kabinet larang Astro naik yuran

KUALA LUMPUR 1 Julai - Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar, Astro menaikkan yuran langganan selagi tidak mendapat kelulusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, untuk itu SKMM diarah mengambil tindakan sewajarnya dan memaklumkan kepada Astro supaya tidak meneruskan cadangan kenaikan yuran langganan tersebut.

Menurut beliau, jika Astro tetap meneruskan tindakan menaikkan yuran berkenaan, SKMM perlu bertindak sama ada mengenakan kompaun atau sebarang denda yang dibenarkan di bawah peruntukan undang-undang.

"Astro tidak sewajarnya meningkatkan apa- apa tarif (yuran). Perkara ini telah dibawa ke mesyuarat Kabinet hari ini dan bersetuju dengan pandangan SKMM untuk tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif kecuali diluluskan SKMM.

"Setakat ini undang-undang tidak dipatuhi dan notis (kenaikan yuran) Astro bercanggah dengan undang-undang.

"Justeru kita meminta SKMM ambil tindakan sewajarnya dan memaklumkan kepada Astro supaya tidak meneruskan apa-apa kenaikan sehingga satu masa sesuai untuk dilaksanakan,'' katanya pada sidang akhbar di Wisma TV, Angkasapuri, dekat sini hari ini.

Astro sebelum ini dilaporkan bakal membuat beberapa pelarasan pakej yang ditawarkan kepada lebih tiga juta pelanggannya dengan menyaksikan penetapan caj baru selain tawaran penjimatan.

Bagaimanapun, ia mendapat bantahan pelbagai pihak terutama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mengancam menggerakkan hampir 2.5 juta ahli gabungannya memboikot stesen televisyen berbayar itu melalui kempen No To Astro.

Rais berkata, kerajaan berpendapat semua stesen radio dan televisyen berbayar tidak harus menaikkan yuran atau tarif buat masa ini kecuali mendapat kebenaran.

Jelas beliau, kebenaran yang diberikan adalah selepas mengambil kira persekitaran ekonomi dan kepentingan negara daripada pelbagai sudut.

Dalam perkembangan lain, beliau menyelar tindakan sesetengah pihak yang menyebar mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk meminta orang ramai menghulurkan sumbangan bagi membela mereka yang ditahan dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Mesej itu, katanya, turut diterima beliau termasuk dua timbalan menteri dan beberapa pegawai kementeriannya.

"Sebagai menteri, saya mengingatkan masyarakat supaya berwaspada dan tidak setuju untuk memberi sumbangan. Kalau ada yang meminta (sumbangan), laporkan kepada SKMM atau polis. Kementerian Dalam Negeri perlu bertindak.

"Mereka yang mahu meneruskan perhimpunan haram itu tidak mengendahkan langsung kemungkinan kita kehilangan ketenteraman awam atau terjejasnya keselamatan,'' tambahnya.

Sementara itu, Astro dalam kenyataannya hari ini berkata, pihaknya menerima keputusan Kabinet itu.

Sehubungan itu, pihak Astro akan berunding dengan SKMM berhubung pelarasan harga baru tersebut berpandukan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta syarat-syarat pelesenan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.