saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 05/07/2011

Media perlu sentiasa amalkan ketepatan fakta - Najib


Najib Tun Razak menyampaikan anugerah NPC-Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin kepada Azizulhasni Awang (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh SM Nasaruddin SM Nasimuddin (kanan) dan Ahirudin Atan (kiri) di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 4 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ketepatan fakta perlu sentiasa menjadi panduan kepada dunia kewartawanan dalam erti kata yang sebenar.

Ini kerana kata Perdana Menteri, di sebalik kepantasan perkongsian berita yang dibawa oleh Internet hari ini, pembaca akan mengetahui dengan segera sama ada apa yang dilaporkan itu benar atau sebaliknya.

"Pembaca hari ini dapat menyelidik fakta dan menganalisis sendiri laporan yang dibaca mereka seterusnya membuat keputusan mengenai kebenaran laporan tersebut.

"Sekiranya mereka mendapati laporan itu tidak tepat serta tidak boleh dipercayai, mereka dengan segera tidak lagi akan menjadi pembaca kepada media anda," katanya ketika berucap pada malam Anugerah Kelab Kebangsaan Akhbar (NPC)-Naza di sini malam ini.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Presiden NPC, Datuk Ahiruddin Atan.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.

Najib menambah, kerana itu dalam konteks ketepatan fakta laporan, media antarabangsa boleh belajar daripada media di negara ini yang lebih bertanggungjawab.

Kata beliau, media di negara ini lebih mengutamakan kebenaran dalam laporan mereka berbanding merujuk kepada sumber atau bahan yang tidak sahih.

"Dan ketika anda (wartawan) tidak takut untuk mengkritik apabila ia diperlukan, anda tidak menyalahgunakan kedudukan untuk menyerang secara peribadi pihak yang tidak sealiran pendapat dengan anda,'' katanya.

Najib turut berkongsi pengalaman ketika berkunjung ke luar negara yang mana katanya, beliau banyak menjelaskan kepada dunia luar mengenai kejayaan negara di sebalik masyarakatnya yang majmuk dengan pelbagai kaum.

Kata Najib, kejayaan itu dicapai dengan media turut banyak memainkan peranan.

"Kemampuan media melaporkan isu-isu sensitif secara berhati-hati dan seimbang mencerminkan ketinggian tanggungjawab terhadap masyarakat dan merupakan satu penghormatan kepada profesionalisme media itu sendiri,'' katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.