saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/07/2011

Majikan ambil sendiri amah perlu sedar risiko - PAPA

KUALA LUMPUR 4 Julai - Majikan yang mahu mengambil sendiri pembantu rumah tanpa melalui agensi dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana sekiranya timbul masalah, tiada jaminan untuk mereka berbanding sekiranya melalui agensi.

Pemangku Presiden Persatuan Agensi Pekerja Asing Malaysia (PAPA), Jeffrey Foo berkata, walaupun prosedur baru itu memberi pilihan kepada majikan untuk mendapatkan pembantu rumah tanpa bantuan daripada agensi, namun mereka harus bersedia menghadapi sebarang risiko.

"Prosedur ini memang memberi pilihan kepada majikan untuk mendapatkan pembantu rumah tetapi mereka perlu bersedia sekiranya amah itu lari, mempunyai penyakit kritikal atau tidak pandai membuat kerja-kerja rumah.

"PAPA juga menasihatkan semua majikan supaya berhati-hati apabila mengambil pembantu rumah bagi menggelakkan ditipu atau dikenakan tindakan undang-undang oleh kerajaan Indonesia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam mengenai usaha kerajaan Malaysia dan Indonesia yang membenarkan majikan mengambil pembantu rumah secara terus tanpa melalui agensi.

Usaha itu bagi meringankan beban majikan mendapatkan pembantu rumah dengan kadar yang lebih murah.

Menurut Jeffry, majikan terdedah untuk dikenakan tindakan oleh kerajaan Indonesia kerana negara jiran itu tidak membenarkan mana-mana pihak mengambil rakyat mereka secara langsung untuk berkhidmat di luar negara.

Sementara itu, Presiden Majikan Amah Malaysia (MAMA), Engku Fauzi Engku Muhsein berkata, melalui prosedur itu juga agensi pembantu rumah perlu lebih berusaha menawarkan perkhidmatan terbaik bagi menarik minat majikan di negara ini.

"Prosedur itu menggalakkan agensi pembantu rumah supaya lebih berusaha dalam menawarkan perkhidmatan mereka kerana majikan kini mempunyai pelbagai pilihan dalam mendapatkan amah.

"Walaupun majikan akan lebih terdedah dengan risiko untuk ditipu, namun sekiranya mereka bijak dan mengambil langkah berhati-hati ia mampu menjimatkan lebih banyak wang," katanya.

Dalam pada itu, Pengelola Program Hal Ehwal Pembantu Rumah (Helper), Sabariah Abdullah berkata, pihaknya menyambut baik usaha kerajaan itu bagi memberi lebih banyak pilihan kepada majikan di negara ini untuk mendapatkan pembantu rumah asing.

"Majikan boleh memilih sendiri pembantu rumah yang mereka mahukan selain dapat menjimatkan wang daripada membayar kepada agensi dan sekali gus perniagaan beberapa agensi yang tidak jujur akan gulung tikar.

"Prosedur ini juga dapat mengelakkan majikan terus diperdaya atau ditipu oleh sesetengah agensi pembantu rumah yang mengambil kesempatan dengan mengenakan harga perkhidmatan mereka secara melampau," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.