saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 06/07/2011

UTHM tuan rumah pentauliahan Palapes IPTA


AHMAD Hasbullah Mohd. Nawawi memeriksa persediaan Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes IPTA Ke-30 di UTHM Batu Pahat, kelmarin.


BATU PAHAT 5 Julai – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) diberi penghormatan menjadi tuan rumah Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ke-30, Sabtu ini.

Panglima Medan Tentera Darat, Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi berkata, penyampaian watikah tauliah itu dijadual disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menurutnya, turut berkenaan berangkat ke majlis tersebut ialah Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah serta Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Seramai 1,109 pegawai kadet Palapes daripada 14 IPTA akan ditauliahkan dalam majlis tersebut.

“Program yang diatur pada hari itu adalah Perbarisan Pentauliahan Diraja yang terdiri daripada pemeriksaan perbarisan, perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat, perbarisan mara menghadap dan pengurniaan hadiah kepada pegawai kadet terbaik daripada setiap IPTA,” katanya pada sidang akhbar di UTHM di sini, semalam.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Panglima Latihan Tentera Darat, Datuk Abdul Rahim Mohd. Yussuf dan Timbalan Naib Canselor UTHM, Prof. Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Samad.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.