saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/07/2011

Saya selesa begini - Fazura


FAZURA sempat merakamkan gambar kenangan bersama peminatnya di majlis pelancaran Lux Soft & Silky Smooth di pasar raya Mydin, Subang Jaya, baru-baru ini.


BIARPUN usianya telah menjangkau 28 tahun, aktres jelita tanah air, Nur Fazura mengakui dia masih belum memikirkan secara serius tentang jodohnya.

Bagi Fazura, soal mencari pasangan hidup bukanlah agendanya ketika ini kerana dia mahu menumpukan sepenuh perhatiannya pada kariernya sebagai pelakon.

Namun Fazura percaya pada qada dan qadar yang ditentukan dengan hati yang tenang.

“ Insya-Allah akan sampai juga jodoh saya suatu hari nanti, cuma buat masa ini saya tidak tahu siapa dan bila jodoh saya akan sampai.

“Lagipun buat masa sekarang saya tidak terlalu mengejar untuk menamatkan zaman solo kerana saya selesa hidup begini, ” jelas Fazura lembut ketika diajukan persoalan tentang jodohnya.

Biarpun soal jodoh itu tidak menjadi agenda utama dalam kotak fikirannya, jelas pelakon yang akan muncul dengan drama bersiri Tahajjud Cinta itu, seperti wanita lain dia mendambakan seorang lelaki yang mampu membahagiakannya dalam melayari bahtera rumah tangga.

Tambahnya, lelaki yang ingin bergelar suaminya nanti mestilah seorang yang boleh menjaga dan melindunginya sepanjanag hidup bersama.

“Saya tidak memilih dalam soal ini dan menerima seadanya siapakah jodoh saya itu.

“Namun apa yang penting bakal suami saya itu mestilah seorang yang bertanggungjawab dan mampu untuk membentuk dan membahagiakan saya sebagai isterinya,” ujar Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin.

Tiada masa layan perkara remah

BARU sahaja reda dengan kisah kononnya dia menyuntik silikon, nama Fazura sekali lagi dihimpit dengan gosip panas kononnya baru-baru ini dia bergaduh dengan pendatang baru, Neelofa yang turut berlakon dalam drama Tahajjud Cinta.

Diterjah dengan soalan berkaitan isu itu, Fazura sedikit pun tidak melenting malah dengan tenang menjawab setiap soalan yang diajukan.

Sambil menafikan gosip berkenaan Fazura dengan tenang berkata; “Gosip itu tidak benar sama sekali dan saya harap perkara ini tidak diperbesarkan.

“Sebenarnya saya malas dan penat untuk menjawab soalan ini, jadi saya berharap sangat perkara ini tidak diungkit lagi.

“Lagipun matlamat saya dalam bidang seni adalah untuk berlakon dan menjadi seorang pelakon yang terbaik bukannya melayan perkara remeh macam ini,” jelas duta Lux itu.

Disoal punca yang menyebabkan gosip ini tersebar, Fazura dengan lembut berkata, ia sebenarnya berpunca daripada cakap-cakap belakang.

“Perkara ini bermula apabila ada pihak-pihak yang mendakwa Neelofa keluar dengan teman lelaki saya dan isu itu diperbesarkan.

“Sedangkan perkara itu sebenarnya bukanlah seperti apa yang diperkatakan malah tidak benar sama sekali.

“Saya harap cerita ini berhenti setakat ini sahaja. Lagipun tidak guna bermasam muka kerana industri kita terkecil, esok lusa kita akan berjumpa dengan orang yang sama,” jelas Fazura.

Bagaimanapun, ujar Fazura lagi, dia tidak menyimpan apa-apa prasangka buruk apabila namanya dikaitkan dengan cerita-cerita yang tidak betul tentang dirinya.

“Saya cuma terkilan sedikit apabila tiba-tiba nama saya dikaitkan. Bagi saya andai betul dia (Neelofa) mahu keluar dengan mana-mana lelaki itu hak dia.

“Semua orang ada hak untuk keluar dengan sesiapa sahaja cuma janganlah saya dikaitkan selepas itu,” jelas Fazura.

Ditanya apakah punca yang menyebabkan dia bergegas pulang pada majlis pelancaran Tahajjud Cinta baru-baru ini, Fazura menyatakan dia terpaksa pulang awal kerana ada komitmen lain.

“Saya ada hal lain yang perlu disegerakan sebab itu saya pulang awal.

“Lagipun sepanjang menjalani penggambaran drama ini, saya tidak ada babak bersama Neelofa jadi bagaimana saya mahu bertegur sapa dengannya,”tegas Fazura.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.