saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 07/07/2011

Dr. Johari Mat angkat sumpah sebagai senator

07/07/2011 1:05pm

KUALA LUMPUR 7 Julai Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Nilam Puri, Kota Baharu, Kelantan, Datuk Dr. Johari Mat hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara di sini.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan disaksikan oleh anggota-anggota Dewan berkenaan.

Johari, 59, anak kelahiran Kelantan, berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) Usuluddin dari Universiti Iman Mohd Ibn Saud Al-Islamiyyah, Riyadh, Saudi Arabia (1990-1982) dalam pengkhususan akidah dan aliran pemikiran semasa.

Berpengalaman sebagai Prof Madya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kelantan (2001-2003), beliau telah menjalankan beberapa penyelidikan, antaranya Kajian Ajaran Sesat di Selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor (1998) serta Kajian Ajaran Sesat di Utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang (1999).

Beliau turut mendapat pengiktirafan luar sebagai Lembaga Penasihat Jurnal Al-Basirah Universiti Malaya (1 April 2011-31 Mac 2013) dan Pengerusi Panel Penerbitan Karya Bidang Agama, Dewan Bahasa dan Pustaka (25 April 2011-Mei 2013). - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.