saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 07/07/2011

Sarapan gulai ikan temenung


Hamizah Hamzah menunjukkan gulai ikan temenung untuk dihidangkan kepada pengunjung gerainya.


ALOR SETAR 6 Julai – Hidangan gulai ikan temenung, nasi putih, sambal belacan serta ulam-ulaman adalah hidangan lengkap untuk dijamah pada waktu makan tengah hari, namun bagi penduduk di kawasan Kuala Kedah di sini, hidangan tersebut adalah menu bagi sarapan pagi mereka.

Bagi sesetengah orang yang tidak biasa menjamah hidangan ‘berat’ pada waktu pagi, kemungkinan mereka berasa pelik dengan set sarapan yang lengkap dengan ulam-ulaman pada waktu pagi.

Namun, kedai makan yang menjual gulai ikan temenung pada waktu pagi tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di kawasan Kuala Kedah.

Boleh dikatakan kini gulai ikan temenung seolah-olah menjadi mercu tanda baru Kuala Kedah yang sebelum ini terkenal dengan pengangkutan feri untuk ke Pulau Langkawi.

Setiap kedai mempunyai keunikan rasa gulainya yang tersendiri dan masing-masing mempunyai resipi rahsia warisan asli masing-masing.

Bagi seorang pemilik gerai makan yang menghidangkan gulai ikan temenung di Kuala Kedah, Hamizah Hamzah, 43, dia menggunakan rempah yang dipanggil rempah basah oleh penduduk tempatan untuk memasak gulai ikan temenung di gerai kecilnya.

Gerainya yang terletak di perkampungan Kota Nelayan, Kuala Kedah terletak beberapa meter sahaja dari jeti pelantar ikan Kuala Kedah dan itu memberi satu kelebihan buatnya kerana bekalan ikan temenung segar tidak pernah putus-putus.

Kemanisan rasa ikan segar dan ditambah pula dengan rempah-ratus asli membuatkan gulai ikan temenung Hamizah atau lebih dikenali sebagai ‘Kak Chaq’ membuatkan peminat gulai itu tidak pernah jemu mengunjungi gerai kecilnya.

Jelas Hamizah, rata-rata pengunjung ke gerainya ialah golongan nelayan dan kakitangan kerajaan di sekitar bandar raya Alor Setar.

“Mereka selalu datang makan di sini, pasti tahu membezakan rasa ikan temenung yang masih segar atau tidak.

“Jadi, saya kena pastikan ikan temenung yang baru sahaja naik ke jeti ikan untuk dimasak untuk mengekalkan keenakan gulai ikan ini,” katanya ketika ditemui di gerainya di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, dia tiada rahsia khusus dalam menyediakan gulai ikan temenung digerainya, namun dia memegang pada prinsip iaitu apa sahaja yang disediakan di gerainya adalah sama dengan apa yang dia hidangkan kepada keluarganya di rumah.

“Hanya dengan itu, barulah kita akan bersungguh-sungguh masak dan hidangan yang disediakan kepada pelanggan dapat memuaskan hati mereka.

“Saya juga menyediakan gulai ikan dalam periuk kecil sahaja dan memasak gulai berulang kali jika habis kerana hanya dengan memasak dalam kuantiti sedikit, barulah gulai disediakan cukup rasa masam, manis dan lemak,” katanya.

Hamizah berkata, di Kuala Kedah terdapat lebih lima gerai menjual ikan temenung di kawasan berhampiran dengannya, namun dia tidak risau kerana rezeki setiap peniaga telah ditetapkan.

“Kami sama-sama berniaga dan setiap gerai ada keunikan masing-masing. Saya pun hanya suka-suka berniaga untuk menambah pendatapan keluarga.

“Kami juga sudah ada pelanggan tetap di gerai masing-masing, jadi tidak timbul perebutan pelanggan di kawasan ini,” katanya.

Kata Hamizah, setiap hari gerainya dibuka kira-kira pukul 9 pagi dan pelanggan memang sentiasa menunggu untuk menikmati hidangan gulai ikan temenung panas, nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman di gerainya.

Katanya, selain gulai ikan temenung, dia turut menjual ikan temenung yang digoreng panas, ayam goreng dan kadang-kadang dia memasak ayam masak merah bergantung kepada permintaan pelanggan.

Katanya, harga ikan yang digoreng bergantung kepada saiz iaitu bermula dengan harga 80 sen seekor, manakala ikan temenung dimasak gulai dijual dengan harga RM1 seekor.

“Harga rendah itu diharap mampu memikat pengunjung agar mereka tidak berasakan sedang menikmati sarapan atau hidangan tengah hari di kedai makan, malah berasakan mereka berada di rumah,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.