saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 09/07/2011

Ejen dakwa Ahmad Sarbaini suruh jangan mengaku beri rasuah

KUALA LUMPUR 8 Julai - Seorang ejen penghantaran sebuah syarikat lojistik mendakwa Ahmad Sarbaini Mohamed memintanya tidak mengaku memberi rasuah kepada pegawai Kastam itu sekiranya dia dihubungi oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Eksekutif Kanan bahagian Operasi Eksport di Schenker Logistic Sdn. Bhd., (Schenker), Wan Zainal Abidin Wan Zaki, 47, berkata, Penolong Pengarah Kastam Selangor itu menyuruhnya berbuat demikian semasa menelefonnya selepas keluar dari pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini pada pukul 8.55 malam, 4 April lalu.

''Ahmad Sarbaini berkata, dia telah beri nama saya dan Schenker kepada pihak SPRM. Saya kata kepadanya, ''Tak apa, nanti saya bagi keterangan''.

''Pada pukul 11 pagi, 5 April lalu, Ahmad Sarbaini sekali lagi menghubungi saya bertanyakan ada atau tidak pihak SPRM menghubungi saya dan dia berkata: ''Kalau ada orang telefon awak, awak kata awak tak bagi saya (duit),'' katanya.

Wan Zainal yang merupakan saksi ke-11 menyatakan demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi pada hari kelima prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Ahmad Sarbaini di Mahkamah Koroner di sini hari ini.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Aras 1, bangunan SPRM tersebut pada 6 April lalu.

Seterusnya, menurut Wan Zainal, pada pukul 5.15 petang hari yang sama, dia telah menelefon Ahmad Sarbaini dan mengajaknya minum di Hajah's Cafe.

''Saya tanya Allahyarham kenapa dia beritahu nama saya kepada SPRM, wajahnya terus berubah sedikit, dengan nada perlahan dia berkata, dia buntu pada waktu itu dan hanya mampu ingat Zainal-Schenker, Schenker-Zainal.

''Pertemuan itu agak berbeza daripada biasa kerana dia banyak merenung saya dengan sayu dan mee goreng yang dipesan juga tidak habis dimakannya atas alasan tiada selera kerana makanan itu masin sedangkan saya sudah habiskan sepinggan mee goreng,'' kata Wan Zainal lagi.

Berikutan itu, kata Wan Zainal, pada pukul 9.55 malam hari tersebut, dia menelefon Ahmad Sarbaini untuk bertanyakan khabar lelaki itu yang dianggap seperti abang selain menggambarkan hubungannya dengan Ahmad Sarbaini yang dikenali sejak 2006 sebagai agak rapat.

''Saya nasihati dia supaya makan, jaga kesihatan kerana anaknya ramai dan dia sebagai ketua keluarga perlu sihat.

''Kata Ahmad Sarbaini, dia bersyukur mempunyai kawan baik seperti saya yang memberi sokongan untuk terus hidup ketika dia berada dalam kesusahan,'' kata saksi tersebut.

Pada hari kejadian, menurutnya, Ahmad Sarbaini telah menghubunginya pada pukul 9.50 pagi untuk meminta alamat penuh syarikat Schenker dan 15 minit kemudian, saksi itu mendakwa dia menerima panggilan daripada seseorang dari SPRM yang menyuruhnya hadir ke pejabat SPRM di Jalan Cochrane dalam masa dua jam.

''Menurut pemanggil itu, ia berkaitan keterangan Ahmad Sarbaini pada pagi tersebut yang menyatakan saya tidak memberinya duit,'' katanya.

Wan Zainal berkata, dia kemudian tiba di bangunan SPRM pada pukul 12.20 tengah hari dan melihat ramai wartawan dan pihak polis yang sedang menunggu di dalam dan luar bangunan.

Ujarnya, dia telah diminta oleh penjaga kaunter pertanyaan supaya menunggu di sofa dan lebih kurang 45 minit selepas itu, dia dimaklumkan oleh seorang anggota polis bahawa terdapat kematian pegawai kastam yang bernama Ahmad Sarbaini.

Inkues di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani bersambung Isnin ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.