saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 09/07/2011

Perhimpunan haram: Beberapa majlis perkahwinan terganggu

09/07/2011 3:54pm

KUALA LUMPUR 9 Julai Beberapa majlis perkahwinan yang berlangsung dan dirancang di sini sedikit terjejas gara-gara rancangan pihak berkepentingan mahu mengadakan perhimpunan haram hari ini.

Majlis perkahwinan yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa iaitu di kawasan di mana sebuah badan bukan kerajaan dikatakan akan berhimpun, turut terkena tempias apabila jumlah tetamu yang datang ke majlis itu kurang memberangsangkan.

Pengantin Mona Farhana Ithnin, 29, dan suaminya Irman Hafiz, 29, kesal kerana majlis persandingan impian mereka menjadi hambar apabila majlis kenduri mereka terjejas apabila tetamu sukar untuk sampai ke tasik berikutan beberapa jalan yang ditutup dan terpaksa meletakkan kereta di tempat yang jauh.

"Perhimpunan ini memang menyusahkan kami, saya sekeluarga sudah merancang untuk mengadakan majlis ini setahun lalu, tetapi kerana adanya perhimpunan haram ini kami terpaksa berbelanja lebih kerana perlu membayar katering untuk menjaga barang-barang seperti pelamin, kerusi dan meja malam tadi, kata Mona Farhana yang berasal dari Sentul.

Beliau berkata keluarganya menjemput kira-kira 1,800 orang tetamu, tetapi sehingga 1 tengah hari tadi hanya 200 orang tetamu yang memenuhi enam khemah yang disediakan di situ.

Satu lagi majlis persandingan berkonsepkan ala taman yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa pada pukul 3 petang ini turut menerima kesan daripada perhimpunan haram itu apabila pasangan pengantin yang dijadualkan berarak menaiki kereta kuda dari Hotel Putra, Jalan Tun Razak ke tasik itu terpaksa dibatalkan.

Sementara itu, bagi majlis persandingan yang dijadualkan berlangsung pada pukul 7.30 malam di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak dikhuatiri menerima nasib yang sama.

Seorang ahli keluarga pengantin yang ditemui di Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir di Wisma Sejarah di Jalan Tun Razak, Hazree Wahid, 29, berkata timbul kebimbangan terhadap perjalanan majlis yang dijadualkan pada malam ini.

"Sebenar-benarnya saya dan keluarga sangat risau dan takut apabila memikirkan tentang perjalanan majlis ini. Bukan sahaja risau mengenai kehadiran saudara mara dan jumlah jemputan yang bakal hadir malahan faktor keselamatan turut diambil kira, katanya.

Sementara itu, perunding perkahwinan majis itu Shahidi Othman, 41, berkata pihaknya turut mengalami kesukaran mendapatkan kelengkapan bagi majlis tersebut.

"Persiapan terganggu kerana separuh barang seperti bunga segar dan lilin hiasan yang biasa dibeli di Jalan Petaling sukar diperolehi ekoran jalan ditutup, katanya. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:24
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.