saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/07/2011

Orang lemah sentiasa mencari salah orang lain

DALAM dunia ini, ada macam-macam ragam manusia. Ada yang suka melakukan pelbagai kerja untuk memperbaiki status diri dan ada yang hanya suka duduk diam, sekadar berpuas hati dengan apa yang mereka sudah ada.

Dan yang lebih teruk lagi ialah, spesies yang tidak berbuat apa-apa, tetapi hanya pandai mengata kepada orang yang berbuat ‘apa-apa’ itu tadi.

Saya menulis begini apabila saya melihat ada usaha yang memburuk-burukkan artis yang muncul di Fiesta Bera yang sedang berlangsung di Tapak Expo, Majlis Daerah Bera bermula Jumaat lalu.

Khabarnya ada ruangan khas dibuka di laman sosial facebook untuk ‘memulaukan’ konsert Pancaindera di Fiesta Bera.

Bagaimanapun acara digelar Santai Pop Yeh-Yeh Pancaindera itu sudah pun berlangsung malam tadi. Syukurlah tak ada sebarang perkara luar jangkaan yang terjadi. Maknanya pada ketika ada sesetengah kerat manusia tidak suka, lebih ramai lagi yang suka dan cinta.

Kami bantah konsert Pancaindera di Fiesta Bera- demikian fanpage itu dinamakan.

Bagaimanapun penyertaannya tidaklah ramai mana, jadi fahamlah saya yang tidak semua orang tewas dengan dakyah-dakyah yang disampaikan oleh pihak berkenaan.

Suka saya jelaskan di sini, semenjak 10 tahun lalu, konsert Pancaindera dilangsungkan tanpa sebarang masalah.

Kami tidak sama sekali membawa anasir mengarut, jauh sekali menghidangkan hiburan penuh sosial.

Ini kerana apa yang Pancaindera bawa bukanlah hiburan yang melampaui batasan. Hiburan sekadar untuk membawakan keceriaan, riang-ria dan mengubat jiwa lara, sambil bertemu dengan pembaca kami yang selama ini sangat mendokong.

Ia bukan sekadar konsert atau acara hiburan gegak gempita yang dibayangkan oleh pihak berkenaan. Pancaindera hadir bagi menghulurkan persahabatan, menjalinkan kemesraan melalui anak-anak seni ini yang rela hati berkampung beberapa hari di lokasi pilihan kami.

Apatah lagi daerah Bera yang lokasinya agak tersorok, sememangnya jarang disinggahi oleh artis-artis kita, maka sejak lebih lima tahun lalu, hampir saban tahun Pancaindera hadir membawakan keceriaan itu di daerah berkenaan.

Sementelah kehadiran artis ini bukan hanya untuk berseronok-seronok. Sebelum dan selepas acara hiburan, mereka bersantai bersama orang kampung, bertanya khabar dan saling mendorong.

Pelbagai aturcara juga menanti mereka, termasuklah kerja-kerja kemasyarakatan.

Artis sanggup berkotor dan berlumpur untuk bersama dengan masyarakat mengecat surau, bergotong royong, menziarah orang susah dan macam-macam lagi. Sebelum ini, mereka pernah bersama-sama membersihkan kubur, menjengah orang tua dan menjengah anak-anak malang di rumah perlindungan, apakah ini anasir buruk?

Lalu, tidak adakah sedikit ruang untuk kita menghargai mereka dalam soal ini?

Mengaitkan artis dengan hal-hal hiburan semata-mata adalah sangat tidak adil. Dan meletakkan masalah moral remaja kita di bahu artis kononnya sebagai contoh buruk, lebih daripada sekadar tidak adil.

Peranan mereka sebagai insan yang menabur banyak bakti dan jasa kepada masyarakat juga wajar dilihat melalui skop yang lebih luas. Banyak kebaikan yang dibawa melalui seni, itu pun kalau kita melihat dengan mata hati.

Jadi sebelum mengundur diri, pesan saya kepada yang sering mencari salah, jangan pandang orang lain sebelah mata. Suatu hari nanti orang lain pula yang akan memandang kita tanpa sebelah mata pun. Renung-renungkanlah.

Dan di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada pelakon Fizo Omar dan keluarganya atas pemergian ayah tercinta ke rahmatullah. Al-Fatihah!

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.