saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 10/07/2011

Pembangkang pesong niat Bersih

KUALA LUMPUR 9 Julai - Penglibatan pemimpin pembangkang yang membawa agenda 'reformasi' semasa menyertai perhimpunan haram Bersih di ibu negara jelas memesongkan tujuan utama perhimpunan itu diadakan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, agenda yang dilaungkan itu dilihat lebih menonjol berbanding apa yang disuarakan mereka mengenai tuntutan Bersih sebelum ini.

''Dalam insiden yang berlaku, jelas kritikan terhadap peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak kedengaran. Penganjur perhimpunan hilang peranannya dan gagal mengawal keadaan.

''Bukan lagi soal SPR yang timbul tetapi sebaliknya penglibatan pemimpin parti politik pembangkang telah menjadi lebih menonjol dengan agenda jauh berbeza dengan apa yang mereka umumkan sebelum ini.

''Mereka terus menerus melaungkan reformasi dan mencetuskan kacau ganggu. Perhimpunan ini ternyata hilang arah dan penganjur perhimpunan perlu bertanggungjawab di atas kejadian yang telah tercetus,'' katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata, tindakan pembangkang yang berterusan membohongi rakyat termasuk tergamak mencetuskan huru-hara cukup dikesali dan mereka langsung tidak menunjukkan tanggungjawab terhadap masa depan negara.

Mereka, jelasnya, ternyata mempunyai tujuan jahat dan hanya mahu mencetuskan kekacauan serta bermatlamat agar masyarakat antarabangsa mempunyai persepsi negatif terhadap negara ini.

''Pembangkang mahu Malaysia dilihat sebagai tidak stabil dan akhirnya akan membawa kepada pelbagai kesan termasuk kekacauan terhadap ekonomi dan menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih secara demokratik.

''Justeru, kerajaan akan tetap mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen, Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dengan menggunakan segala peruntukan sedia ada daripada sebarang anasir yang cuba merosakkan dan mencabuli kehendak majoriti rakyat,'' katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, penyertaan penyokong Bersih dalam perhimpunan haram jelas menampakkan niat dan hasrat mereka untuk menghuru-harakan negara dan mengharapkan mereka ditahan bagi menggambarkan kekejaman kerajaan.

''Kita bersyukur kerana polis berjaya mengawal keadaan dan berjaya melaksanakan tugas dengan baik walaupun dicabar dan menerima provokasi oleh mereka yang berdemonstrasi.

''Segala tindakan ini berjaya menghindari daripada berlakunya perbalahan, kecederaan dan sebarang kemungkinan lain yang lebih serius seperti pertumpahan darah dan kehilangan nyawa.

''Saya juga bersyukur kerana pihak berkuasa telah membuat siasatan yang rapi dan menjalankan tugas dengan sebaiknya termasuk berjaya merampas pelbagai senjata, bom, bahan kimia dan bahan-bahan bakar lain sehingga pihak berkenaan tidak dapat menggunakannya dalam perhimpunan hari ini,'' tambahnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.