saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 10/07/2011

Tidak wajar jual netbook 1Malaysia


Abdul Manan Ismail (empat kanan) dan Md. Sohaimi Mohamed Shah (lima kanan) bersama sebahagian pelajar yang menerima netbook 1Malaysia di Dewan SJKC Lembing, Sungai Lembing, Kuantan, Pahang, kelmarin.Abdul Manan Ismail (empat kanan) dan Md. Sohaimi Mohamed Shah (lima kanan) bersama sebahagian pelajar yang menerima netbook 1Malaysia di Dewan SJKC Lembing, Sungai Lembing, Kuantan, Pahang, kelmarin.


KUANTAN 9 Julai – Kerajaan Pahang kesal dengan sikap segelintir ibu bapa yang menjual komputer riba netbook 1Malaysia semata-mata mahu mendapatkan keuntungan jangka pendek.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berkata, sikap sedemikian menggambarkan ketidakprihatinan ibu bapa terbabit terhadap bantuan kerajaan.

‘‘Kita menerima laporan ada ibu bapa yang mendapat netbook 1Malaysia pada sebelah pagi tetapi menjualnya pada sebelah petang.

‘‘Walaupun bilangan yang berbuat demikian adalah kecil tetapi ia dianggap tidak wajar dalam usaha kerajaan membantu golongan tidak berkemampuan dalam pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan netbook 1Malaysia kepada 350 pelajar tidak berkemampuan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lembing di Sungai Lembing dekat sini semalam.

Tegas Abdul Manan, jika amalan menjual komputer riba netbook 1Malaysia berterusan, matlamat kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan terutama di luar bandar akan terbantut.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sehingga kini, kira-kira 2,000 netbook 1Malaysia bernilai RM2 juta telah diagihkan kepada pelajar tidak berkemampuan di Parlimen Paya Besar.

‘‘Agihan terakhir akan dibuat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar tidak lama lagi,” katanya.

Beliau menetapkan sasaran sebanyak 70 peratus rumah di Parlimen Paya Besar mempunyai sekurang-kurangnya seunit komputer menjelang akhir tahun depan.

‘‘Ketika ini, kira-kira 50 peratus rumah di kawasan Parlimen ini memiliki sekurang-kurangnya seunit komputer riba,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.