saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 12/07/2011

Ahmad Sarbaini tertekan ketika berada di pejabat SPRM?

12/07/2011 8:34pm

KUALA LUMPUR 12 Julai – Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed berada dalam keadaan yang amat tertekan ketika berada di pejabat suruhanjaya itu pada 6 April lepas.

Penolong Penguasa, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad, 51, saksi ke-17 dalam prosiding inkues untuk menyiasat kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor itu, berkata, keadaan itu berlaku selepas Allahyarham menghubungi wakil dari Syarikat Schenker Logistik Sdn Bhd iaitu Wan Zainalabidin Wan Zaki menggunakan telefon bimbitnya.

Selepas panggilan dibuat, Allahyarham meletakkan telefon dan terus meletakkan kepalanya di atas meja sambil tangannya menggosok kepalanya dalam masa kira-kira dua minit, kata Sheikh Niza yang pada masa itu sedang duduk di hadapan Allahyarham.

"Saya tengok dia amat tertekan dan tegang. Dia dilihat mendiamkan diri dan tidak cakap apa-apa pada saya,” katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd Abbas.

Sheikh Niza berkata, sebelum itu Pegawai Penyiasat SPRM, Abdul Ghani Ali bertanyakan kepada Ahmad Sarbaini sama ada beliau mempunyai alamat Schenker dan nombor telefon Wan Zainalabidin dan meminta Allahyarham menghubunginya.

Katanya, Allahyarham seolah-olah berada dalam keadaan terpaksa ketika diminta menghubungi Wan Zainalabidin dan beliau tidak berapa jelas dengan perbualan antara Allahyarham dengan Wan Zainalabidin tetapi ada mendengar Allahyarham berkata: “Datang ya”.

Sheikh Niza berkata, pada 6 April, Ahmad Sarbaini datang ke pejabat itu tanpa diminta dengan tujuan untuk menukar kenyataan yang telah diambil pada 4 April lepas, dan apabila ditanya mengapa beliau ingin berbuat demikian, Allahyarham hanya memaklumkan dia tertekan. – Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.