saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 12/07/2011

Memuliakan penghafal al-Quran

AL-QURAN merupakan kitab suci yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW lebih 14 abad yang lalu. Bahasanya tinggi, sasteranya indah, maknanya dalam, pengajarannya luas dan isi kandungannya meliputi segenap aspek kehidupan manusia.

Kandungannya tidak berubah sehingga akhir zaman kerana Allah telah berjanji untuk memelihara kitab agung itu sehingga hari kiamat iaitu antaranya dengan meletakkannya di dalam hati-hati orang yang menghafal al-Quran.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (al-Hijr: 9)

Al-Quran merupakan mukjizat teragung untuk dipelajari, dijadikan panduan dan diamalkan seluruh umat manusia kerana ia lebih tinggi daripada apa yang dibayangkan oleh manusia.

Isi kandungannya dapat menyelesaikan setiap masalah kehidupan yang ada di dunia ini bagi sesiapa yang ingin mengambil pengajaran dan pelajaran daripadanya.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarkannya. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan kepentingan dan kemuliaan tertinggi kepada golongan pencinta al-Quran itu, maka usaha-usaha dan bentuk galakan harus diberi kepada masyarakat Islam negara ini agar mereka mencintai al-Quran sekali gus dijadikan panduan untuk melayari kehidupan di dunia.

Oleh itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memulakan langkah ke arah matlamat itu dengan memperkenalkan skim bantuan galakan hafazan al-Quran. Ia bertujuan menggalakkan masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan mencintai al-Quran.

Skim yang diperkenalkan sejak tahun 2007 itu ternyata berjaya memberi semangat dan dorongan kepada masyarakat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menghafal al-Quran dengan menyaksikan peningkatan penyertaan tahun demi tahun.

Bermula hanya 400 penyertaan yang layak menerima bantuan itu pada tahun 2007, jumlah itu meningkat seramai 104 pada tahun berikutnya manakala tahun 2009 menyaksikan pertambahan kepada 128 penerima dan meningkat kepada 114 penerima tahun lalu.

Pertambahan jumlah penyertaan itu sekali gus meningkatkan jumlah peruntukan bantuan yang dikeluarkan MAIWP. Pada tahun 2007, majlis itu hanya mengeluarkan dana berjumlah RM44,000; RM295,000 (2008), RM427,000 (2009) dan RM428,500 (2010).

Sebagaimana amalan pada tahun-tahun sebelum ini, bantuan diberi kepada mereka yang berjaya melepasi sesi ujian pendengaran bacaan yang diperdengarkan kepada sebuah jawatankuasa ujian. Ia dipengerusikan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad.

Pada tahun ini, seramai 159 penghafal al-Quran layak menerima bantuan itu berjumlah RM336,250. Daripada jumlah itu, sebanyak RM27,500 diagihkan kepada 44 penerima mengikut kategori satu hingga 5 juzuk; satu hingga 10 juzuk (RM50,000 untuk 40 orang), satu hingga 20 juzuk (RM45,000 untuk 18 orang) dan satu hingga 30 juzuk (RM213,750 untuk 57 orang).

Sumbangan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Majlis Penyampaian Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran dan Agihan Zakat Baitulmal MAIWP 2011 di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini.

Skim bantuan lain yang diagihkan MAIWP adalah skim bantuan perubatan berjumlah RM5.3 juta kepada 550 penerima; skim bantuan deposit teksi (RM2.1 juta kepada 420 penerima) dan skim bantuan musibah (RM334,450 kepada 333 penerima).

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr. Muhammad Yamin Ismail.

Terdahulu, Jamil Khir dalam ucapannya berkata, selain memartabatkan al-Quran itu sendiri agar terus terpelihara dan tersebarnya syiar Islam dengan lahirnya para huffaz, skim itu juga sebagai meringankan beban penerima bantuan untuk menjalani kehidupan mereka.

Kepada para huffaz juga diingatkan agar matlamat menghafal al-Quran bukanlah semata-mata untuk mendapatkan bantuan, namun ciptalah sesuatu agar ia memberi manfaat kepada seluruh umat Islam.

Para penghafal al-Quran merupakan golongan istimewa yang diangkat kemuliaannya dan diberi ganjaran terbaik di dunia mahu pun akhirat.

Mereka merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah SWT. Ia dibuktikan melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia". Lalu mereka bertanya: "Siapakah mereka ya Rasulullah?" Jawab baginda: "Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang-orang pilihannya". (riwayat Ibnu Majah).

Kaum kerabat golongan pencinta al-Quran ini juga turut diangkat kemuliaannya di sisi Allah sebagaimana Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

l Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, maka kedua-dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini". (riwayat Ahmad dan Abu Daud).

l Barang siapa membaca al-Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram, maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka. (riwayat Tirmizi).

Penghafal al-Quran termasuk mereka yang hanya membaca ayat suci itu layak mendapat bonus berlipat kali ganda daripada Allah SWT. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda: "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagai mananya. Aku tidak kata bahawa "alif laam mim" itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf. (riwayat Tarmizi).

Al-Quran mempunyai banyak hikmah yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Banyak rahsia yang terkandung di dalamnya telah diterokai sehingga kini. Begitulah kelebihan yang ada pada al-Quran, tetapi tidak ramai manusia yang ingin mengambilnya sebagai wasilah kehidupan.

Rugilah orang yang tidak ada al-Quran di dalam hatinya walaupun satu ayat. Rasulullah SAW. menganggap orang yang tidak membaca al-Quran dan tidak menghafalnya, seterusnya tidak pula beramal dengan ajarannya adalah orang yang sangat rugi seperti rumah buruk yang hampir runtuh.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada al-Quran di dalam dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hampir runtuh". (riwayat Tirmizi)

Bagaimanapun, masyarakat kita kini telah sedar akan kelebihan menghafal al-Quran. Ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat hafazan atau sekolah-sekolah tahfiz al-Quran yang kini terdapat di seluruh negara.

Maka tidak hairanlah, sudah beribu-ribu para penghafal al-Quran dilahirkan di negara ini sama ada mereka menghafal secara sendiri, mengikut kelas hafalan atau produk daripada pusat pengajian kerajaan mahu pun swasta.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.