saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 13/07/2011

Ahmad Sarbaini tertekan

KUALA LUMPUR 12 Julai - "Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed kelihatan sangat tertekan, dia merapatkan kepalanya ke meja dan mengusap-usap belakang kepala dengan tangannya selama beberapa saat.''

Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad menyatakan demikian dan turut melakonkan semula tingkah laku Ahmad Sarbaini itu di Mahkamah Koroner di sini, hari ini.

Menurut beliau, Ahmad Sarbaini bertindak demikian selepas pegawai penyiasat SPRM, Abdul Ghani Ali mengarahkan lelaki itu membuat panggilan telefon kepada ejen penghantaran dari syarikat Schenker Logistic Sdn. Bhd. (Schenker), Wan Zainal Abidin Wan Zaki untuk bertanyakan alamat syarikat tersebut pada hari kejadian, 6 April lalu.

Sheikh Niza, 51, menyatakan demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas pada prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor itu yang dijumpai meninggal dunia di gelanggang badminton di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.

"Ketika Allahyarham datang ke pejabat untuk menukar pengakuannya saya ada bertanyakan alasan berbuat demikian, dia hanya menjawab, dia tertekan. Dia juga kelihatan resah dan seperti ada masalah,'' kata Sheikh Niza.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Ahmad Sarbaini, saksi ke-17 itu berkata, dia menganggap lelaki itu seperti rakannya dan mengakui mereka berdua lebih rapat berbanding pegawai SPRM yang lain atas faktor usia mereka yang tidak jauh berbeza.

Ketika soalan sama diajukan oleh peguam yang mewakili SPRM, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, Sheikh Niza berkata, dia menghormati lelaki itu yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan, selain faktor Ahmad Sarbaini merupakan pegawai kanan Kastam dan pegawai kerajaan.

Terdahulu, Sheikh Niza menceritakan interaksinya dengan Ahmad Sarbaini ketika lelaki itu berada di biliknya pada 4 April lalu.

"Saya berbual kosong dengannya sementara menunggu Abdul Ghani datang. Saya tanya dia, dia selalu berurusan dengan ejen-ejen penghantaran, takkanlah dia tidak dapat apa-apa (habuan).

"Ahmad Sarbaini menjawab, adalah sikit-sikit dapat RM50 hingga RM100 daripada Zainal, ejen Schenker dan RM30 sehingga RM100 daripada Ah Seng, ejen Top Mark Shipping & Freight Sdn. Bhd.," kata saksi itu.

Kata Sheikh Niza, Ahmad Sarbaini mendakwa 'wang ihsan' itu diterimanya di luar pejabat iaitu di kedai kopi dan tidak menganggap ia sebagai rasuah.

"Saya bertanya bolehkah saya rekodkan kenyataannya itu dan dia membenarkan ia direkodkan. Saya rekod dan cetak salinan untuknya dan dia seterusnya menandatangani keterangan itu,'' katanya.

Kata Sheikh Niza lagi, dia hanya mengetahui kematian Ahmad Sarbaini ketika diminta pulang ke pejabatnya setelah operasi siasatan kes rasuah membabitkan kakitangan Kastam dibatalkan.

"Saya nampak ramai orang di lobi pejabat dan mereka beritahu pegawai Kastam bernama Ahmad Sarbaini meninggal dunia. Saya terduduk dan menangis di situ. Saya hairan macam mana dia boleh jatuh,'' katanya.

Sementara itu, saksi ke-18, Abdul Ghani, 57, mendakwa selama hampir 30 tahun berkhidmat dengan SPRM, ini merupakan kali pertama seorang suspek mengaku menerima rasuah.

Menurutnya, ketika rakaman percakapan diambil pada 2 April lalu, Ahmad Sarbaini mendakwa tidak menerima rasuah daripada Top Mark dan tidak mengenali Ah Chui dari syarikat itu, selain hanya mengenali Firdaus.

Bagaimanapun, katanya, ketika disemak dengan syarikat terbabit, tiada nama yang dinyatakan itu.

Menurutnya, lebih mengejutkan apabila nama Schenker yang tidak pernah wujud dalam senarai ejen penghantaran dalam pemerhatian SPRM dibangkitkan oleh Ahmad Sarbaini kemudian.

Ketika ditanya prosedur untuk seseorang mengubah pengakuan, Abdul Ghani menyatakan, berdasarkan pengalamannya, pihaknya akan meminta individu itu membuat surat atau representasi kepada bahagian pendakwaan atau ketua pesuruhjaya untuk pertimbangan.

Inkues di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani bersambung esok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.