saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 13/07/2011

Malaysia rakan Turkmenistan


NAJIB Tun Razak diiringi Gurbunguly Berdimuhammedov melambai kepada hadirin yang menanti ketibaan dua pemimpin itu untuk merasmikan secara bersama Tapak Rawatan Gas dan Terminal Gas Petronas di Kinyali, Turkmenbashy, semalam. – BERNAMA


TURKMENBASY 12 Julai – Turkmenistan melihat Malaysia sebagai rakan kongsi jangka panjang dalam pelbagai bidang pembangunan dan usaha sama, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, menurut Perdana Menteri, Malaysia perlu memahami aspirasi negara bekas Kesatuan Soviet itu supaya dapat memenuhi hasrat mereka serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara itu.

“Inilah hasrat kita untuk menjadi rakan kongsi yang baik khususnya dalam industri minyak dan gas di negara itu,” katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatannya ke Turkmenistan, di sini hari ini.

Sebelum itu pada sebelah pagi, Perdana Menteri dan Presiden Turkmenistan, Gurbunguly Berdimuhammedov merasmikan bersama Tapak Rawatan Gas dan Terminal Gas Petronas di Kinyali.

Turkmenistan yang mencapai kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet pada 1991, menjadi tarikan kepada pasaran tenaga dunia kerana ia memiliki simpanan sumber gas asli keempat terbesar di dunia.

Penglibatan Malaysia dalam penerokaan minyak dan gas di negara Asia Tengah itu ialah melalui syarikat minyak nasional, Petronas pada 1996 dan pengeluaran pertama minyak bermula 10 tahun kemudian.

Perdana Menteri berkata, majlis perasmian tapak rawatan dan terminal gas itu menjadi mercu tanda kepada Turkmenistan dan Petronas sendiri dalam penerokaan sumber asli di negara itu.

“Ini adalah terminal dan tapak prosesan gas yang pertama bagi Turkmenistan. Bagi Petronas pula, ini adalah pelaburan terbesar iaitu AS$5.2 bilion di luar negara,” ujarnya.

Kedua-dua projek tersebut berjaya meningkatkan keupayaan pengeluaran sebanyak 500 juta meter padu gas. Dijangka dalam fasa-fasa akan datang peningkatan pengeluaran gas akan menjadi kenyataan.

Najib juga memberitahu, sebagai komitmen, Petronas akan menambah pengambilan pelajar Turkmenistan untuk belajar di Universiti Petronas di Tronoh, Perak.

Dalam pada itu, katanya, beliau mempelawa Presiden Berdimuhammadev melawat Malaysia dalam masa terdekat ini.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kemudiannya berlepas ke London untuk lawatan empat hari di sana. – UTUSAN

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.