saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 13/07/2011

Ahli Dewan Negara jangan ‘tikam belakang’

KUALA LUMPUR 12 Julai – Ahli Dewan Negara daripada kedua-dua pihak terutama pembangkang diingatkan supaya tidak bersikap ‘tikam belakang’ dengan memburuk-burukkan kerajaan terutama ketika berkunjung ke luar negara.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, Ahli-ahli Dewan Negara dari kedua-dua pihak perlu sentiasa bekerjasama dalam usaha meningkatkan imej negara dan dewan supaya ia sentiasa dihormati komuniti dunia.

“Anggota Senator harus membawa semangat patriotisme dan tidak bersikap ‘tikam belakang’ dengan sentiasa berbuat baik antara satu sama lain semasa di dalam Dewan dan luar Dewan bagi mempertingkatkan martabat Dewan Negara yang disegani di dalam dan di luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika jamuan makan tengah hari bagi meraikan lapan ahli Dewan Negara yang telah dan akan menamatkan tempoh keanggotaan mereka tahun ini di bangunan Parlimen hari ini.

Antara mereka yang tamat tempoh lantikan pada tahun ini ialah Datin Paduka Nor Hayati Onn, Datuk Wan Hazani Wan Nor, Datuk Rizuan Abdul Hamid dan Datuk Idris Buang yang telah berkhidmat selama dua penggal sejak 2005.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.