saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 13/07/2011

Inkues Sarbaini: Saksi nafi reka cerita ketika beri keterangan

13/07/2011 10:25pm

KUALA LUMPUR 13 Julai — Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed bahawa beliau telah mereka-reka cerita bahawa Penolong Pengarah Kastam Selangor itu telah membelanjakan wang yang diterima dari dua syarikat ejen penghantaran.

Peguam Awtar Singh menuduh Abdul Ghani Ali, yang juga pegawai penyiasat kes Ahmad Sarbaini, mereka-reka cerita itu untuk menjatuhkan maruah Allahyarham.

Abdul Ghani, 57, saksi ke-18 prosiding inkues untuk menyiasat punca kematian Ahmad Sarbaini, berkata, dia hanya memaklumkan apa yang telah diberitahu oleh Allahyarham kepadanya pada 4 April lalu.

Abdul Ghani berkata, pada hari tersebut, Allahyarham sendiri yang memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu selepas beliau menanyakan kepada Ahmad Sarbaini: “Encik Mat (panggilan untuk Ahmad Sarbaini) apa yang kamu buat dengan duit itu dan beliau kata telah dibelanjakan”.

Saksi itu menjelaskan pada hari berkenaan beliau masuk ke dalam bilik Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad di aras tiga, bangunan SPRM selepas rakaman percakapan Allahyarham diambil oleh penolong penguasa SPRM itu. — Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.