saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 13/07/2011

Keunikan Periuk Kera diadaptasi dalam seni


ZAKARIA Adam menunjukkan hasil lukisannya berkaitan spesies tumbuhan periuk kera yang dipamerkan pada program Mengenang Tokoh Negara Tun Abdul Razak di UiTM Bandar Tun Razak, Maran, baru-baru ini.


MARAN 12 Julai - Seorang pelukis tempatan, Zakaria Adam memperagakan flora periuk kera sebagai subjek utama dalam lukisan di kanvas setelah tertarik dengan keunikan spesies tumbuhan itu.

Menurutnya, periuk kera atau nama saintifiknya nepenthes sejenis tumbuhan unik yang tumbuh liar di hutan negeri ini kurang dikenali berbanding orkid dan tumbuhan herba.

''Spesies itu boleh dianggap sebagai pemangsa kerana serangga yang masuk ke dalam kantungnya akan mati terperangkap dan menjadi sumber makanan bagi menyambung hayat,'' katanya kepada Utusan Malaysia semasa pameran Mengenang Tokoh Negarawan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang di sini baru-baru ini.

Menurutnya, tumbuhan itu boleh diibaratkan seperti orang Melayu yang cintakan keamanan, kedamaian malah boleh berkongsi hidup dengan etnik lain, tetapi tidak boleh diganggu.

Seorang penyair terkenal, Rahimidin Zahari yang menyampaikan sajak Periuk Kera menjelaskan spesies itu unik kerana ia boleh dijadikan sebagai bahan perubatan tradisional.

Katanya, tumbuhan itu boleh melebatkan rambut dan mencerahkan mata yang kabur.

"Selain itu, akar periuk kera jika diasah boleh meredakan asma dan sekiranya direbus ia berpotensi menurunkan darah tinggi dan meleburkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.